PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH SK KONG KONG LAUT

LAPORAN CSR KURSUS ASAS  PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN KONG KONG LAUT PASIR GUDANG JOHOR
2016

Oleh :

Mohd Khairul Naim bin Sameri



Tarikh :    14 November 2016

Tempat :  Sekolah Kebangsaan Kong Kong Laut Pasir Gudang Johor.

PENDAHULUAN
Pada 14 November 2016 Pensyarah Unit Agama Jabatan Pengajian Am Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kong Kong Laut Pasir Gudang Johor telah melancarkan satu program kursus asas pengurusan jenazah yang melibatkan pelajar Sekolah Kebangsaan Kong Kong Laut .Kursus ini melibatkan tiga orang pensyarah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Khairul Naim bin Sameri,Ustaz Mohd Hamdi bin Yaacob dan Ustaz Mohammad Hamdan bin Abdul Ghani serta pelajar Sekolah Kebangsaan Kong Kong Laut yang terdiri dari pelajar Tahun tiga hingga tahun enam seramai 40 orang pelajar.Program ini berlangsung selama sehari bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari di Surau Sekolah Kebangsaan Kong Kong.Program ini telah memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengurusan jenazah peringkat asas sehingga ke peringkat penyempurnaan jenazah.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Program Kursus Asas Pengurusan Jenazah ini merupakan aktiviti tahunan untuk pelajar sekolah ini dan merupakan pelengkap kepada silibus dan sukatan pelajaran bagi murid tahun tiga hingga enam.Program kali ini lebih cenderung kepada pendedahan teori dan  amali pengurusan jenazah.Secara tidak langsung juga melatih sikap kepimpinan dikalangan pelajar untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat berkaitan pengurusan jenazah.

PENGISIAN

Kursus Asas Pengurusan Jenazah ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan pelajar berkaitan asas –asas menghadapi dan mengurus jenazah secara teratur.Pengisian kursus ini bermula dengan teori pengurusan jenazah seperti perlaksanaan awal ketika menerima kematian dikalangan ahli kelurga atau masyarakat serta carta alir keperluan yang perlu dilakukan ketika itu.Seterusnya pelajar dibimbing secara praktikal cara dan teknik untuk menguruskan jenazah dengan betul seperti tuntutan fardhu khifayah,bermula dengan memandikan jenazah , pengkhafanan dan berakhir dengan solat jenazah.Kursus ini memberi impak yang positif kepada pelajar dari sudut memberanikan diri dan pengurusan yang teratur ketika menguruskan jenazah.Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Majlis penutupan di akhiri dengan penyerahan cenderahati yang disempurnakan oleh Guru Besar  Sekolah Kebangsaan Kong Kong Laut.

MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM BERSAMA GURU BESAR SEKOLAH KEB.KONG KONGLAUT

          ( TEORI PENGURUSAN JENAZAH)

( PRAKTIKAL MEMANDIKAN JENAZAH)




PRAKTIKAL KAFAN DAN SOLAT JENAZAH

No comments:

Post a Comment