MAJLIS APRESIASI JPA 2020



 Tarikh : 17.12.2020

Masa : 9.00 - 2.00 petang

Tempat : JPA A


Majlis ini dijalankan bagi meraihkan warga JPA yang telah banyak memberi sumbangan serta komitmen yang tinggi kepada Jabatan Pengajian Am sepanjang tahun 2020. Majlis ini adalah majlis akhir tahun yang julung-julung kali dijalankan bagi Jabatan Pengajian Am untuk tahun ini.

Penyampaian sijil anugerah  kepada warga JPA yang telah banyak memberi sumbangan kepada JPA telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am (En. Hashim Bin Mat Zin). Tahniah diucapkan kepada semua yang menerima anugerah daripada Ketua Jabatan dan semoga semua warga JPA dapat teruskan usaha serta kekalkan kualiti kerja yang baik pada masa akan datang.

Sesi pertukaran hadiah juga diadakan sebagai satu acara suka ria antara warga JPA. Cabutan bertuah juga disediakan kepada semua warga JPA sebagai penghargaan kepada semua serta untuk memeriahkan lagi majlis.