Perjumpaan Staf anjuran JPA

Salam dan selamat sejahtera. Kini tiba giliran JPA menjadi tuan rumah bagi perjumpaan staf PIS. Perjumpaan ini telah diadakan pada 15 Jun 2012, bertempat di Dewan Besar PIS. Perjumpaan bermula pada pukul 8 pagi. Oleh kerana agenda yang agak banyak pada hari tersebut, maka perjumpaan dilanjutkan hingga jam 9.30 pagi. Ini tidaklah menjadi masalah kerana pensyarah belum sibuk dengan kuliah. Walaupun persiapan serba ringkas diadakan dua minggu sebelum perjumpaan, namun ia sangat meriah. Persembahan montaj dari AJK sangat menarik dan berjaya memukau staf.

 
 
Staf AJK kenalah datang awal pagi untuk menjaga kaunter pendaftaran.
Pn Farahdiba merangkap KJ JPA, antara yang terawal menandatangani kehadiran.
Sempat lagi staf JPA 'posing' sebelum majlis bermula.


 Staf dari jabatan-jabatan lain mula membanjiri dewan.
Beratur...beratur....jangan potong barisan.


 



 Ketibaan ketua-ketua dan Pengarah PIS.
Tuan Pengarah melanggah dengan gagah menuju ke pentas diiringi semua KJ dan KU.



 Ni dia pengerusi JPA yang tetap dan mantop...Ustaz Khairul Nizam. 
Emmm...nasib baik pengerusi boleh menyanyi lagu Bangsa Johor untuk menyelamatkan keadaan...
Ustaz Hamdi sebagai pembaca doa.
Ustaz Yusri dengan lantangnya membaca ikrar.



 
Wajah-wajah warga PIS yang bersemangat dan bersungguh2 memberi sepenuh perhatian.
 


Tuan Pengarah PIS menyampaikan amanat dengan yakin.
Kemudian sedikit taklimat OBE.
Seterusnya laporan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Kemboja 2012 pada 8-11 Mei 2012.
Wah...begitu tekun staf JPA ni memberi tumpuan.

 

 Di akhir pejumpaan, sedikit majlis penyampain hadiah dan cendahati kepada staf cemerlang bulan Mei.
Serta Anugerah Kualiti bagi jabatan dan unit yang menang.
Anugarah diperolehi oleh JKM dan Unit Kaunseling.
TAHNIAH...