PELAPORAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT JABATAN PENGAJIAN AM,
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

 

1.       Nama aktiviti:

Program Penyembelihan (Sekolah Satelit)

 

2.       Latarbelakang/Rasional:

Program Penyembelihan ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh sekolah satelit JPA dan  unit  Pendidikan Islam dan Moral JPA dengan kerjasama SMK Bandar Seri Alam. Program ini bertujuan menerapkan semangat ingin tahu pelajar SMK Bandar Seri Alam dan menyediakan platform yang sesuai bagi membantu pembentukan sahsiah diri pelajar PIS. Di samping itu juga, program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan professional dalam bentuk akademik yang baik di antara PIS dan SMK Bandar Seri Alam.

 

3.       Objektif/outcome:

Politeknik Ibrahim Sultan

i.      Mempertingkatkan keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi dengan masyarakat luar.
ii.     Memberi ruang kepada pelajar untuk mempraktikkan ilmu dalam menguruskan sesuatu program.
iii.    Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar.

 

SMK Bandar Seri Alam

i.      Pelajar boleh mengetahui dan menguasai teknik penyembelihan.
ii.     Pelajar dapat mempraktikkan teknik penyembelihan yang betul.
iii.    Pelajar dapat memupuk semangat kerjasama.

 

4.       Butiran aktiviti:

a.       Tarikh : 28 Jun 2013
b.      Hari : Jumaat
c.       Program : Penyembelihan
d.      Tempat : SMK Bandar Seri Alam
e.      Jumlah Perbelanjaan dan sumber kewangan : Rujuk kepada anggaran perbelanjaan
f.        Bilangan peserta : 93 orang pelajar
              12 orang pelajar PIS ( Fasilitator )

           
Anggaran Perbelanjaan

BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA SEUNIT
JUMLAH
1.
Cenderahati kumpulan penyembelih terbaik
Pertama                    RM 100.00
Kedua                        RM   80.00
Ketiga                        RM   50.00 
 
 
 
RM 230.00
JUMLAH
RM 230.00

 

5.       Rumusan pelaksanaan aktiviti dan pencapaian terhadap objektif/outcome

Program Penyembelihan ( Sekolah Satelit ) merupakan kolaborasi antara pihak Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan bersama SMK Bandar Seri Alam bagi memberi pendedahan kepada 93 orang pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Seri Alam berkenaan cara dan teknik penyembelihan. Program ini melibatkan 4 orang pensyarah Jabatan Pengajian Am, PIS dan memberi peluang kepada kepada 12 orang pelajar PIS yang bertindak sebagai fasilitator bagi mempraktikkan kemahiran dan teknik penyembelihan bersama masyarakat sekolah.

 
Selain itu, program ini mempunyai objektif untuk menjalinkan hubungan professional dalam bentuk akademik yang baik di antara PIS dan SMK Bandar Seri Alam di samping mencapai matlamat KPI dan Polyrate yang telah ditetapkan oleh JPP. Dengan objektif yang telah digariskan ini, pihak Jabatan Pengajian Am khususnya berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

 
Program Penyembelihan ( Sekolah Satelit ) SMK Bandar Seri Alam  dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan 5  dengan taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hamdi Bin Yaacob dari Jabatan Pengajian Am, PIS.Program ini merangkumi aktiviti penyembelihan secara praktikal. Semua peserta dibahagikan kepada sepuluh kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan praktikal.

 
6.       Maklumbalas peserta dan pensyarah

Semua peserta dan pensyarah yang terlibat amat berpuashati dan mereka mendapat banyak manfaat daripada program ini di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim.  Para peserta juga guru sekolah mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

 
7.       Cadangan penambahbaikan (CQI)

Merancang  aktiviti yang berterusan agar memberi manfaat kepada  masyarakat pelajar .

 
8.       Aktiviti susulan bagi pencapaian objektif

Merancang mengadakan program yang berbentuk keagamaan yang boleh membentuk sahsiah pelajar.

 

 
Pelajar SMK Bandar Seri Alam melakukan penyembelihan ayam dan dibantu oleh
fasilitator di kalangan pelajar PIS.


 
 Pelajar sedang membersihkan ayam yang disembelih.
 
 
Mendapat cenderahati kumpulan Penyembelih terbaik
 



 
Pelajar sedang mendengar taklimat Penyembelihan yang
disampaikan oleh Ustaz Mohd Hamdi.



                                                     

   

 

 

                                                  



  BENGKEL PEMBINAAN ITEM SOALAN



Bengkel telah diadakan pada 12 hingga 14 Jun 2013 (Rabu-Khamis) di ULPL bagi Unit Bahasa Inggeris dan di bilik AVA, UIDM bagi Unit Pendidikan Islam dan Moral yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel ini dilaksanakan untuk persediaan awal dalam penyediaan soalan-soalan ujian dan kuiz sebelum sesi P&P bermula.



BENGKEL PENUTUPAN & PEMBUKAAN FRP
 
Bengkel telah diadakan pada 11 Jun 2013 (Selasa) di Bilik Seminar, yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memastikan FRP sentiasa dalam keadaan yang telah dikemaskini bagi menghadapi audit pada masa akan datang.  Selain itu, taklimat berkaitan dengan pembukaan FRP juga diadakan bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai perubahan pada  dokumen penting FRP dan seterusnya sebagai persediaan awal untuk semakan FRP bagi sesi yang baru.