Pemeran Buku " Big Bad Wolf"


Tarikh : 29 .4.2015 (Rabu)

Tempat : MITC Melaka

Program ini telah dianjurkan oleh JPA dan penyertaannya terbuka kepada semua jabatan untuk sama-sama menggalakkan warga PIS untuk mengamalkan budaya membaca buku. Secara tidak langsung dapat bersiar-siar di sekitar MITC untuk menenangkan fikiran setelah penat bekerja.













Program Potluck JPA & Penyampaian Hadiah Pertandingan Bowling

 
Tarikh : 28 April 2015 (Selasa)
 
Masa   : 12.00 tengahari
 
Tempat : Ruang Pensyarah A 
 
Program ini dijalankan untuk meraihkan semua staf JPA serta menjalin hubungan silaturahim yang lebih kukuh dengan membawa pelbagai juadah untuk dinikmati bersama. Selain itu, majlis ini adalah untuk meraikan para pemenang pertandingan bowling dengan penyampaian hadiah. Pemenang jatuhan pin yang terbanyak disandang oleh En. Mohd Alhafiz Mat Esa.
 
 

























Mesyuarat Jabatan & Hi-tea Bersama JPA

 
Tarikh : 22 April 2015 (Rabu)
Masa : 11.00 pg - 4.00 ptg
Tempat : Hotel Selesa, Pasir Gudang
 
 
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am dan dihadiri oleh semua warga JPA. Perbezaan kali ini, mesyuarat telah diadakan di luar  dengan gabungan program hi-tea JPA dengan artis Nash. Program ini adalah untuk mengurangkan tekanan bekerja serta memberi ruang kepada warga JPA untuk bersuka ria setelah selesai semester bagi sesi Disember 2014. Selain itu, dapat menjalinkan hubungan silaturahim di antara ahli JPA. Seterusnya, secara tidak langsung ia boleh meningkatkan motivasi, produktiviti dan kualiti kerja warga JPA.
 
















 


Pertandingan Bowling Peringkat JPA


Program diadakan pada 27 April 2015 hari Isnin di Pusat Bowling, Kompleks Pasir Gudang, Johor yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 petang. Penyertaan oleh semua warga JPA dan program di akhiri dengan jamuan makan di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan.
 
Objektif diadakan program ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada warga JPA untuk beriadah serta memberi ketenangan fikiran. Selain itu, program ini juga dapat menjalinkan hubungan silaturahim sesama warga JPA. Disamping itu juga, warga JPA dapat menunjukkan bakat mereka dalam permainan bowling.