Program Pembudayaan al-Quran


Program Pembudayaan al-Quran adalah merupakan program yang disarankan oleh mantan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan yang lepas iaitu Datuk Dr. Arshad Bin Kasim. Dengan idea beliau, maka program ini telah dilaksanakan kepada semua pelajar semester 1, Politeknik Ibrahim Sultan pada setiap hari Khamis bermula pada 25 jun 2015 jam 8.00 pagi-9.00 pagi di Masjid, PIS. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pelajar dapat mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh pembelajarannya. Selain itu, program ini juga adalah untuk membudayakan pembacaan al-Quran dalam kehidupan seharian pelajar serta dapat membaiki pembacaan dengan lebih lancar serta bertajwid.