Majalah Generasi Intelek


Majalah Generasi Intelek JPA

 
Majalah Generasi Intelek atau dikenali sebagai Gen Intelek bilangan 1 yang bertemakan wadah penjana minda telah berjaya dicetak dan dikeluarkan pada 22 Oktober 2012 yang lalu. Majalah keluaran pertama ini ini mengandungi 3 bahagian iaitu Minda Pengarah, Akademia dan Cetusan Minda.
 
Harapan JPA agar semua pensyarah dapat bersama-sama melibatkan diri dalam penulisan di dalam majalah ini yang berkonsepkan ke arah akademik serta kajian yang lebih ilmiah.
 
 

 

Majlis Perpisahan JPA



Majlis Perpisahan JPA


Salam sejahtera, dimaklumkan pada tarikh 21 November 2012 (Rabu) telah diadakan majlis perpisahan sempena perpindahan dua orang staf JPA dari Unit Pendidikan Islam & Moral iaitu Puan Nur Idayu bt Awang Teh yang akan berpindah ke Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang dan Cik Roslina bt Mohd Noor yang akan berpindah ke Kolej Komuniti Jeli, Kelantan.
 
 
Penyampaian Hadiah kepada Puan Nur Idayu & Cik Roslina
 
 
Didoakan agar mereka berjaya dan melakukan yang terbaik di tempat kerja yang baru dan semoga pengalaman selama berada di JPA, Politeknik Ibrahim Sultan menjadi kenangan manis bersama. Sayonara.....

Konvoi Kembara Bahasa DBP



           Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan program Kembara Bahasa 2012. Sebagai  satu kegiatan simbolik untuk merakyatkan bahasa dan sastera, peserta Kembara Bahasa dari seluruh negara telah berkonvoi melalui laluan selatan, utara, timur, tengah serta di Sabah dan Sarawak.

Empat orang pensyarah Jabatan Pengajian Am dari Politeknik Ibrahim Sultan, iaitu Noor Azeelia Abdul Manan, Siti Faezah Ahmad Sazali, Mohd. Rafiq Mujilan dan Yeow Chee Kheong merupakan antara lebih kurang lapan ratus orang peserta yang terpilih untuk mengikuti kegiatan ini. Sewaktu berkonvoi, peserta program turut singgah di beberapa stesen untuk menjalankan beberapa kegiatan yang melibatkan masyarakat setempat seperti pantau tegur bahasa di tempat awam, tinjauan keindahan bahasa sepanjang perjalanan, baca puisi, dialog bahasa dan sastera, ceramah patriotism oleh Biro Tatanegara dan riadah bersama-sama dengan masyarakat setempat. Pelepasan konvoi dilaksanakan di setiap negeri oleh pembesar negeri.

Kemuncak Kembara Bahasa berlangsung pada 24 November 2012 malam dengan himpunan para peserta kembara daripada pelbagai golongan kerjaya, usia dan keturunan dalam Majlis Teguh Bahasa yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B. Dr. Mohd Puad Zarkashi. Perhimpunan ini turut disertai oleh peserta kembara dari negara Singapura. Dalam perhimpunan ini, para peserta telah melafazkan ikrar mereka untuk memperjuangkan bahasa dan sastera kebangsaan. Kegiatan tahunan yang julung-julung digerakkan pada tahun 2000 sebagai salah satu pengisian Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) bertahan sehingga 2005. Mulai tahun ini, program itu diberi nafas baru untuk mengisi Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).


Konvoi Kembara Bahasa


Konvoi Kembara Bahasa

Program Permata Saudaraku

 
PROGRAM PERMATA SAUDARAKU PERINGKAT NEGERI JOHOR 1433H
 
 
Salam sejahtera, pada tarikh 10-11 November 2012 (Sabtu & Ahad) bersamaan 25 – 26 Zulhijjah 1433H  yang lalu telah diadakan program Permata Saudaraku Peringkat Negeri Johor 2012 di bawah anjuran usaha sama di antara JPA dengan Jabatan Agama Johor yang bertempat di Dewan Serbaguna, Dewan Kuliah Utama serta ULPL.

Program Permata Saudaraku ini adalah sebuah program yang khusus diadakan untuk golongan yang dilembutkan hatinya dengan Islam (muallaf) dan telah menerima sinar hidayah dari Yang Maha Esa yang telah berkorban meninggalkan agama asal mereka dan keluarga untuk berhijrah ke dalam agama yang suci ini.


Program ini bermula pada hari Sabtu (10 November 2012) dengan pendaftaran peserta yang terdiri daripada saudara baru dari seluruh daerah di Negeri Johor. Para peserta telah diberi taklimat berkenaan perjalanan program bagi melancarkan perjalanan program. Antara perujian yang di pertandingkan adalah perujian tilawah al-Qur’an, hafazan, syarahan, bercerita dan azan serta iqamah.
 
 Pertandingan hafazan, azan serta iqamah diadakan di ULPL dan pertandingan syarahan serta bercerita diadakan di DKU
 
Barisan hakim pertandingan program Permata Saudaraku
 
 
Gambar Pemenang bagi Tilawah al-Qur'an kategori perempuan & lelaki (dimenangi oleh peserta cacat penglihatan)
 
Majlis Perasmian Penutup dan persembahan dikir zikir dari pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Kuanjung, Batu Pahat
 
Ucapan Aluan oleh Tn Hj Azizi, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Beliau juga memberi ucapan penghargaan kepada Dato’ Hj. Abd Razak, Pengarah JAJ serta mengalu-alukan kerjasama dan kolaborasi antara JAJ dan PIS. Kemudian, Majlis Perasmian Program Permata Saudaraku disempurnakan oleh Dato’ Hj. Abd Razak, Pengarah JAJ.
 
 
 
Manakala Majlis Perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan pada keesokan harinya iaitu hari Ahad (11 November 2012).
 
Terima kasih diucapkan kepada semua staf JPA dan PIS yang terlibat sama dalam menjayakan Program Permata Saudaraku Peringkat Johor 2012.