PROGRAM ASPIRASI KESENIAN ISLAM 4.0

 

LAPORAN PROGRAM ASPIRASI KESENIAN ISLAM 4.0

 

JABATAN PENGAJIAN AM, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

 

PERKARA

BUTIRAN

Pelaksana

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan

Tarikh

21 Oktober 2021

Hari

Khamis

Masa

09 am – 4.30 pm

Tempat

 

·        Sesi penjurian Pertandingan Video Kreatif dan Poster:

-           Secara dalam talian di lokasi masing-masing.

 

·        Majlis Perasmian Penutup:

-           Secara dalam talian (Microsoft Teams)

 

Peringkat

Institusi/Politeknik

Kumpulan Sasaran

 

Pelajar semester 1, 2 dan 3 (Sesi Dis 2020)

Kejayaan/Pencapaian

Program berjaya dijalankan dengan baik walaupun pertandingan dilaksanakan dalam norma baharu iaitu secara dalam talian .

Ringkasan Perjalanan Program

 

Program ini dilaksanakan bagi mencungkil kreativiti dalam kalangan pelajar bagi menghasilkan poster dan video kreatif yang berkait dengan isu-isu semasa dalam masyarakat.

 

Program ini melibatkan pelajar semester 1, 2 dan 3 (sesi Dis 2020) daripada setiap jabatan dan menggabungkan dua unit (Unit Agama dan Unit Bahasa Inggeris) di bawah Jabatan Pengajian Am.

 

 

TENTATIF

21 OKTOBER 2021 (KHAMIS)

9.00 am – 1.00 pm     : Perjurian poster dan Video

1.00 pm – 2.00 pm     : Rehat

2.00 pm – 4.30 pm     : Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah

      -Ketibaan VIP

      -Bacaan Doa

      -Ucapan Perasmian: Ketua Jabatan JPA

      (Pn. Siti Noraini binti Hamzah)

      - Penyampaian Hadiah dan cenderahati
      - Bersurai

 

    Majlis perasmian penutup telah berlangsung di sebelah petang dan ia disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Ts Hj Hamdan bin Samdin.  Senarai pemenang turut diumumkan dalam majlis perasmian penutup ini.  Majlis penutup dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah (lucky draw). Program ini diakhiri dengan sesi fotografi pada jam 4.30 petang.

 

    Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu bentuk pendedahan kepada para pelajar untuk sentiasa berdaya saing dan bersedia dalam mendepani cabaran dunia pendidikan yang sentiasa berubah.

 

Masalah/kekangan yang dihadapi

Tiada masalah

Alatan Bantu

Komputer pejabat, laptop, kamera dan internet

Kos

Pendapatan   : RM 3000

Perbelanjaan : RM 3000

Sumber          : OS 42000

(Tabung Aktiviti Pelajar)

 

a)     Pertandingan Poster

 

Kategori 1 (Isu semasa)

Kategori 2 (Teknologi Islam)

Kategori 3 (Kesenian Islam)

 

Tempat Pertama: RM 150 x 3

Tempat ke 2: RM 100 x 3

Tempat ke 3: RM 70 x 3

JUMLAH: RM 960

 

b) Petandingan Video

Kategori 1 (Etika dan  Peradaban)

 Kategori 2 (Pelancongan Islam)

 Kategori 3 (Isu semasa)

 

Tempat Pertama: RM 300 x 3

Tempat ke 2: RM 240 x 3

Tempat ke 3: RM 140 x 3

JUMLAH : RM 2040

 

Impak Program

Kepada pelajar:

 

1.       Proses pembelajaran kursus MPU23052 Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam, DUA 23072 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam, MPU 23082 - Seni Dalam Islam, MPU 21032 Penghayatan Etika dan peradaban, DUE10012 Communicative English 1 dan DUE30022 Communicative English 2, akan dapat dijalankan dengan lebih kreatif.

 

2.     Meningkatkan tahap kesedaran dan pendedahan mengenai kepentingan mendalami pelbagai cabang bidang ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.

 

3.     Memberi ruang serta peluang kepada para pelajar berkarya @ berinovasi bagi meningkatkan keyakinan serta penampilan diri.

 

Kepada staf / pensyarah:

 

1.     Menaikkan imej dan nama baik pensyarah Politeknik Malaysia, khususnya Politeknik Ibrahim Sultan

 

2.     Membantu politeknik melahirkan staf / pensyarah yang kompeten dan berdaya saing tinggi dalam aspek kreativiti / inovasi.

 

3.     Mewujudkan budaya kerjasama antara staf Politeknik Ibrahim Sultan dan pihak luar yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

Kepada Institusi/Politeknik

 

1.  Menaikkan imej dan nama baik Politeknik Malaysia, khususnya Politeknik Ibrahim Sultan.

 

2.     Membantu politeknik menghasilkan warga kerja yang kompeten  dan berdaya saing tinggi dalam aspek kreativiti/inovasi.

 

3.   Mewujudkan budaya kerjasama antara Politeknik Ibrahim Sultan  dengan pihak luar yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

Maklumbalas Pelajar

 

Secara keseluruhannya, program ini mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan dari para pelajar. Majoriti para pelajar bersetuju bahawa program ini berjaya dilaksanakan serta memenuhi kehendak semasa pelajar.



Rajah Maklumbalas pelajar

 

Dokumentasi

 

Laporan Program

Gambar program adalah seperti di lampiran 1

Senarai nama peserta

Lampiran 2

 

 

 

Disediakan Oleh,

 

NORHIDAYAH BINTI MD SALEH

Setiausaha,

Program Aspirasi Kesenian Islam 4.0

 

Tarikh: 24 Oktober 2021

 

Disemak Oleh,

 

ZANARITA BINTI ABDUL MALEK

Pengarah ,

Program Aspirasi Kesenian Islam 4.0

 

 

Tarikh : 25 Oktober 2021

 

Disahkan Oleh,

 

SITI NORAINI BINTI HAMZAH

Ketua Jabatan,

Jabatan Pengajian Am

Politeknik Ibrahim Sultan

 

Tarikh : 26 Oktober 2021