Hari Sukan Jabatan


HARI SUKAN JABATAN adalah antara aktiviti tahunan jabatan. Masa ni lah staf JPA menonjolkan bakat masing-masing. Dalam diam, rupa-rupanya ramai di kalangan staf JPA ni berbakat besar dalam sukan. Tidak kurang juga staf yang begitu bersemangat untuk bersukan.
Acara untuk hari sukan dibahagikan kepada dua kategori iaitu acara padang dan acara dalaman. Acara padang yang dipertandingkan adalah bola jaring, sepak takraw dan bola tampar. Pertandingan dalaman adalah badminton, ping pong, congkak, dam ular dan baling selipar. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Masing-masing begitu bersemangat menyokong kumpulan masing-masing.


Begitu semangat ahli-ahli JPA berlawan antara pasukan. Masing-masing tidak  mahu menyerah kalah. Macam2 jenis manusia ada ....... Mcm2 aksi ada...pendek kata mcm2  lagilah...ada wanita hamil,lelaki garang & berdisiplin, kanak2 riang & sebagainya... ( lihat gambarajah ..he..he..) Ada yg jatuh tergolek, terbang melayang, terus terseliuh & mcm2 lagi..... Apa2 pun tetap termasuk dalam 2 kategori: menang & kalah. Tak yah la gaduh2 masam muka, tak kan asyik2 kita jek yg nak menang..Betui dok?




Wajah-wajah ceria pemain.
Ni permainan yg paling bahaya..tajuknya berlumba dgn salah satu haiwan liar
di dlm zoo iaitu Dam Ular. Siap yg menang memang terer la!


Ni plak acara dalaman. Tengok tu...siap 'lending' lagi atas lantai.
Apa-apa pun mereka ni memang seronok mengalahkan budak-budak lagi.
TAHNIAH kepada para pemenang...

IKRAM

Visit InfoServe for Blogger backgrounds or to create website designs.













Lawatan Premier

Visit InfoServe for Blogger backgrounds or to create website designs.









Hari Keluarga JPA


HARI KELUARGA JPA adalah satu aktiviti untuk yang diadakan di luar kawasan politeknik. Kali ini kami berkeluarga di Savannah  Hill, Ulu Tiraqm. Berhujung minggu bersama anak-anak dan kawan-kawan sangat menyeronokkan. Di samping merapatkan lagi persaudaraan di kalangan ahli JPA. Haa..di sini baru la dapat bertentang mata antara suami, isteri dan anak-anak staf. Dah bersembang-sembang, rupanya pernah kenal suatu ketika dulu.

Orang yang paling sibuk, biasala AJK setiap bahagian. AJK pendaftaran sibuk dengan pendaftaran staf yang hadir. AJK makanan pula sibuk menyediakan sarapan pagi, sementara AJK pertandingan menyiapkan bahan untuk pertandingan.

Ya...ni antara acara yang dipertandingkan di kalangan anak-anak staf JPA. Memang hebat dan bersemangat anak-anak ini, sehebat ibu dan ayah mereka. Antara pertandingan adalah berebut kerusi, pertandingan mewarana, menyusun puzzle serta pertandingan membuat mascot mengikut nama kumpulan. Walaupun anak-anak staf tidak begitu ramai, namun suasana sangat meriah. Bukan anak-anak yang bermaian, mak dan ayah mereka lebih-lebih lagi la bersemangatnya. Acara untuk staf dan pasangan pun ada juga, antaranya lari berpasangan dan  makan buah pear paling cepat.

Di akhir program, mana-mana pemenang akan menerima hadiah masing-masing. Anak-anak yang menang la seronoknya dapat hadiah. Mak ayah pula tumpang gembira dan bangga juga la dengan anak-anak mereka. Alhamdulillah, program hari keluarga berakhir sebelum jam 1.00 petang. Sebelum balik, kami sempat bergambar beramai-ramai.