Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran 1433H

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Setiap kali tiba bulan Ramadhan, umat Islam tidak lepaskan peluang untuk khatam al-Quran. Apatah lagi pahalanya dilipat gandakan oleh Allah Taala. Oleh itu, Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama PUSPANITA PIS bergabung tenaga untuk mengadakan Majlis Tadarus & Khatam al-Quran.
 
Program Tadarus al-Qurqn berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dan kemuncaknya diadakan satu Majlis Khatam al-Quran pada 15 Ogos 2012 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1433H di Dewan Kuliah Utama PIS.  Majlis ini diadakan bagi meraikan peserta khatam al-Quran lebih kurang seramai 75 staf dan pensyarah PIS. Di samping itu, majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah di kalangan staf beragama Islam di PIS. Di akhir majlis, setiap peserta diberi sedikit cenderahati dan juadah berbuka puasa.
 

Tadarus al-Quran diadakan pada setiap minggu di Masjid PIS
 
 
 
Majlis Khatam al-Quran diadakan di Dewan Kuliah Utama, PIS.