Program Kesukarelawan " Santun Bakar Batu"

Tarikh : 11 Disember 2016 (Ahad)
Tempat : Kampung Orang Asli Bakar Batu, Perling
Anjuran : Persatuan Srikandi Bestari Negeri Johor

Program ini telah melibatkan seramai 13 orang pensyarah di Jabatan Pengajian Am bersama 25 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Persatuan Srikandi Bestari Negeri Johor serta gabungan beberapa NGO. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang dan ruang sukarela serta khidmat masyarakat untuk menyantuni atau memelihara komuniti Orang Asli di Kampung Bakar Batu. Tema bagi program ini adalah kebersihan, di mana seiring dengan aktiviti gotong-royong, make over dan tatacara pembersihan diri. Selain itu, program kerohanian juga turut didedahkan seperti solat secara berjemaah, ceramah maulidurrasul serta selawat beramai-ramai.








Program Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH)

Tarikh : sesi Disember 2016 (Nov-Mac)
Tempat : Masjid PIS (pelajar) & Bilik Seminar ULPL (staf)


Program ini tertumpu kepada ilmu Fardhu Ain yang berbentuk usrah(berkumpulan) yang diketuai oleh para pensyarah Jabatan Pengajian Am. Tajuk yang disampaikan juga berbeza-beza setiap minggu yang merangkumi bab fardhu ain yang berkaitan isu semasa. Program ini melibatkan semua pelajar semester 1 yang beragama Islam, Politeknik Ibrahim Sultan pada setiap hari Khamis jam 8.00 pagi-9.00 pagi di Masjid, PIS. Manakala bagi pelajar Non Muslim mereka diberikan tugasan berkaitan Pendidikan Moral bagi menggantikan program tersebut. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi input kerohanian kepada pelajar serta memberi bimbingan agar sikap serta akhlak yang murni dapat diterapkan dalam diri pelajar-pelajar politeknik khususnya.

Mendengar tazkirah daripada Ustaz Hamdan










Solat Dhuha bersama-sama