PSR PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAH – PKPP (COVID 19)

 

Program dan Aktiviti bagi Jabatan Pengajian Am

Politeknik Ibrahim Sultan

PSR PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAH – PKPP (COVID 19)

PERKARA

BUTIRAN

Pelaksana

JABATAN PENGAJIAN AM

Tarikh

24 JUN 2020

Hari

Rabu

Masa

8.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Tempat

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG

Peringkat

Politeknik

Kumpulan Sasaran

Para guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1

Kejayaan / Pencapaian

Jabatan Pengajian Am telah melaksanakan PSR yang melibatkan aktiviti menyusun atur perabot, menyediakan garisan laluan di sekitar bilik darjah, serta membersihkan kelas.

Ringkasan Perjalanan Program

24 JUN 2020 (Rabu)

 

8.00 am                              Berkumpul di Jabatan Pengajian Am.

8.15 am – 8.30 am          Bergerak ke SK Pasir Gudang 1.

 

8.30 am – 9.00 pm         Pendaftaran kehadiran dan pemeriksaan suhu.

                                             Sarapan di kantin Sekolah.

 

9.00 am – 9.30 am          Ucapan aluan daripada Guru Besar SK Pasir Gudang 1.

                                             Penyerahan sumbangan alatan daripada pihak JPA.

                                             Taklimat ringkas aktiviti dan pembahagian tugas.

 

9.30 am – 11.30 am       Aktiviti gotong royong bermula.   

                                             

11.30 am –12.00 pm    Majlis Penutup & penyerahan sijil.

                                            Makan tengahari.

Objektif Program

1.       Memupuk semangat bekerjasama dan bantu-membantu dalam kalangan pensyarah dan para guru dalam membuat persediaan sebelum sekolah dibuka semula akibat pandemik.

2.       Menjalankan aktiviti yang memberi impak kepada staf, pelajar dan komuniti setempat terutamanya dalam situasi pandemik yang melanda negara.

 

Strategi Pelaksanaan

Untuk mencapai objektif, program ini dirancang dan mendapat kerjasama yang sangat memuaskan daripada pihak sekolah.

Masalah / kekangan yang dihadapi

Jumlah sukarelawan yang terlibat hanya 18 orang staf dan 4 pelajar. Oleh itu, ada beberapa ruang/kelas yang tidak dapat dikemas.

Alatan Bantu

Pembaris panjang, pita pelekat, hand sanitizer, mask, sarung tangan. Pihak Jabatan Pengajian telah menyampaikan sumbangan sebuah pengukur suhu badan kepada pihak sekolah.

Kos

a)     Perbelanjaan daripada sumbangan staf Jabatan Pengajian Am

Impak Program

a)    Dapat membantu Jabatan Pengajian Am dalam perkongsian tenaga bersama pelajar dan komuniti.

b)    Membantu mencapai KPI Politeknik Ibrahim Sultan dalam melaksanakan program PSR berimpak tinggi.

 

Dokumentasi

1)  Gambar (dilampirkan)