90 minit bersama TPA

Tepat pukul 3 petang, Tuan Haji Sahul bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan perjumpaan bersama staf jabatan ini. Dalam pertemuan ini, Tuan Haji Sahul menyampaikan amanat beliau. Antara perkara yang terkandung dalam amanat beliau ialah pencapaian PIS serta persediaan institusi ini untuk dinaiktarafkan sebagai universiti politeknik menjelang tahun 2015. Di samping itu, beliau juga memberi galakan kepada para pensyarah untuk menghasilkan buku ilmiah, menggunakan aplikasi e-pembelajaran, terlibat dalam program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP), menjaga imej sebagai seorang pendidik, memegang jawatan di peringkat politeknik serta menjaga keharmonian sesama staf di politeknik. Dalam pertemuan yang berlangsung selama sembilan puluh minit, sesi soal jawab dan refleksi bersama Tuan Haji Sahul juga berjalan dengan lancar.

Tuan Haji Sahul menyampaikan amanatnya