Bengkel Penyelarasan Penutupan FRP (Fail Rekod Pensyarah)

Tarikh : 27 Mei 2015 (Rabu)
Masa   : 8.30pg - 4.30ptg
Tempat : Ruang Pensyarah A, JPA

Kursus ini merupakan kerjasama di antara pihak JPA dan ULPL. Penceramah bagi kursus ini adalah Puan Juliawati Binti Mohd Yunus . Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah JPA yang baru serta pensyarah lama mengenai tatacara penutupan FRP. Selain itu, kursus ini sebagai platform kepada pensyarah untuk memastikan FRP dalam keadaan dikemaskini  serta lengkap sebelum ditutup dan diaudit .
 
 





Kursus E-Learning

Tarikh : 26 Mei 2015 (Selasa)
Masa   : 8.30pg - 4.30ptg
Tempat : Bilik Makmal JMSK, Cad 4

Kursus ini merupakan kerjasama di antara pihak JPA dan ULPL. Penceramah bagi kursus ini adalah Cik Mimi Aineen dan Cik Nurul Hana. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah JPA yang baru serta pensyarah lama sebagai pengulangan bagi menjayakan penggunaan E-Learning dalam PdP. Selain itu, kursus ini sebagai platform kepada pensyarah untuk berkomunikasi serta mengadakan latihan dengan pelajar secara maya tanpa bersemuka. Disamping itu, menjadikan para pensyarah JPA celik IT dan tidak ketinggalan zaman.



 

Kursus Asas Pentaque

Tarikh : 24 Mei 2015 (Ahad)
Masa   : 8.30pg - 4.30 ptg
Tempat : Padang Pentaque

Kursus ini diadakan dengan kerjasama di antara Jabatan Pengajian Am, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Penceramah kursus adalah En. Mohd Naim Bin Hamid daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga JPA mengenai tatacara permainan pentaque secara umum. Selain itu, memberi pengalaman baru kepada semua staf JPA. Seterusnya, dapat mengurangkan tekanan kerja seharian serta menyihatkan tubuh badan.
 

























Family Day JPA 2015

Tarikh   :  22-23 Mei 2015 (Jumaat-Sabtu)
Tempat  : Nelayan Resort di Teluk Ramunia, Batu Layar , Johor.

Program ini telah diurusetiakan oleh biro kebajikan JPA yang bermula pada hari Jumaat yang dimulai dengan program suaikenal(ice breaking) dengan semua warga JPA. Seterusnya, biro kebajikan telah merancang suatu kejutan kepada Ketua Jabatan Pengajian Am (En. Noor Azmi) sempena ulang tahun
kelahiran beliau pada 23 Mei 2015.

Kemudian pada hari berikutnya, beberapa program diadakan iaitu sukaneka kanak-kanak, treasure haunt dan aktiviti kategori dewasa. Segalanya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan. Program ini diadakan bagi tujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara warga JPA serta berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing. Selain itu, program ini juga dapat memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan kerja seharian warga JPA.