MAJLIS POTLUCK JPA

 Tarikh : 18.08.2022

Masa 11.00 pg - 2.00 petang

Tempat : JPA A


Majlis potluck ini diadakan sebagai aktiviti sebelum kelas / PdP bermula pada 21.08.2022 dan juga sebagai mengeratkan / merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga JPA serta memupuk kerjasama dalam membawa makanan untuk santapan semua. Seterusnya, ia turut dapat bertukar -tukar menu dan saling merasai menu-menu yang berbeza pada hari tersebut. Program ini telah dirancang dan diuruskan oleh jawatankuasa kebajikan JPA bagi memeriahkan lagi suasana JPA serta mengurangkan tekanan bekerja individu.















TEAMBUILDING JPA & MAJLIS PERPISAHAN

 Tarikh : 11 Ogos 2022 (Khamis)

Tempat : Savanah Hill Resort, Ulu Tiram

Majlis Perpisahan JPA diadakan bagi meraikan Dr. Alias Bin Mat Saad yang akan berpindah ke Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan dan semoga beliau berjaya dan cemerlang lagi ditempat yang baharu.








Program Teambuilding ini diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim di antara staf JPA serta mengurangkan tekanan dalam tugasan harian. Ini adalah supaya semua staf JPA sentiasa sihat fizikal dan mental dalam menjalankan tugas di JPA.