NADWAH ISLAMIAH
 
 Oleh :
Ummul Hafizah Bt Ali

Tarikh :  31 November  2013
Tempat :  Masjid, PIS


            Tanggal 31 November 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Masjid Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Asrama Politeknik Ibrahim Sultan dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Program Nadwah Islamiah. Program berbentuk motivasi ini telah disampaikan oleh Encik Che Kamarulzaman Bin Che Hassan daripada Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit Kuala Lipis. Program  ini bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan telah dilakasanakan dengan jaya seperti yang dirancang.

            Program ini telah melibatkan seramai 171 orang pelajar semester satu kemasukan sesi Disember 2013 daripada semua jabatan berserta 27 orang jawatankuasa pelajar yang turut  terlibat dalam mengendalikan program ini.  Seterusnya, sebelum sesi ceramah motivasi bermula pelajar dikehendaki berkumpul di hadapan masjid bagi sesi senaman aerobik berzikir. Kemudian pelajar bersarapan dan mendirikan solat dhuha secara berjemaah yang dipimpin oleh jawatankuasa pelajar.  Setelah itu, Encik Khairul Nizam selaku pengarah program dan timbalan pengerusi masjid telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah serta dijamu dengan santapan tengahari.

            Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar Politeknik Ibrahim Sultan bagi menghayati Islam dan menjadikannya sebagai amalan hidup. Selain itu, pelajar dapat menyemai sikap cintakan ilmu di kalangan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan ke arah mencapai kecemerlangan. Program ini juga dapat memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar untuk terlibat dalam mengendalikan program. Disamping itu, program yang dijalankan dapat mewujudkan hubungan silaturahim yang erat di antara para pensyarah dengan pelajar politeknik sendiri.

            Ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekian Wasalam.
 




 
 


HARI SUKAN JPA
 
 
Program ini telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 20 November 2013 yang melibatkan semua staf JPA.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan staf JPA serta sebagai satu program santai kepada staf JPA.
 
Program ini telah di anjurkan oleh pihak kebajikan Jabatan Pengajian Am sendiri yang diketuai oleh Encik Hamdan selaku ketua j/kuasa kebajikan. Terdapat 2 aktiviti yang dirancang iaitu di sesi pagi diadakan Pertandingan Paintball di AOV Paintball Park, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru, manakala di sesi petang diadakan Pertandingan Bowling di Daiman Bowl, Johor Bahru.
 
Penyampaian hadiah bagi pemenang telah diadakan pada 25 November 2013 di JPA (A) yang telah disampaikan oleh En Noor Azmi bin Hj. Asmawi.
 
 





BENGKEL PENYELARASAN FRP
 
 
Bengkel ini telah diadakan pada 14 November 2013 di bilik seminar, ULPL yang telah disampaikan oleh Puan Juliawati mengenai panduan pembukaan dan penutupan FRP.











 
PROGRAM GOTONG-ROYONG
JABATAN PENGAJIAN AM
 
 
Program ini telah diadakan pada 11,12 dan 13 Disember 2013 iaitu bersamaan hari Isnin, Selasa dan Rabu bertempat di ruang pensyarah masing-masing. Gotong-royong ini telah di anjurkan oleh pihak 3K dengan kerjasama jawatankuasa 5S bagi membersihkan dan menceriakan kawasan Jabatan Pengajian Am bersesuaian dengan kehendak 5S.