MAJLIS APRESIASI JPA 2020



 Tarikh : 17.12.2020

Masa : 9.00 - 2.00 petang

Tempat : JPA A


Majlis ini dijalankan bagi meraihkan warga JPA yang telah banyak memberi sumbangan serta komitmen yang tinggi kepada Jabatan Pengajian Am sepanjang tahun 2020. Majlis ini adalah majlis akhir tahun yang julung-julung kali dijalankan bagi Jabatan Pengajian Am untuk tahun ini.

Penyampaian sijil anugerah  kepada warga JPA yang telah banyak memberi sumbangan kepada JPA telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am (En. Hashim Bin Mat Zin). Tahniah diucapkan kepada semua yang menerima anugerah daripada Ketua Jabatan dan semoga semua warga JPA dapat teruskan usaha serta kekalkan kualiti kerja yang baik pada masa akan datang.

Sesi pertukaran hadiah juga diadakan sebagai satu acara suka ria antara warga JPA. Cabutan bertuah juga disediakan kepada semua warga JPA sebagai penghargaan kepada semua serta untuk memeriahkan lagi majlis.





























PROJEK POLYGREEN JPA

 

Projek Polygreen JPA adalah salah satu usaha ke arah melestarikan alam sekitar serta sebagai salah satu cara mengurangkan tekanan kerja atau terapi diri. Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada pokok-pokok herba dan sayur-sayuran seperti terung, halia bara, kunyit, sawi, cili, temulawak, pucuk kaduk, pegaga, daun kesum dan sebagainya.

Semoga dengan usaha ini memberi galakkan kepada staf JPA untuk menjaga alam sekitar serta menghijaukan lagi persekitaran sama ada di JPA mahupun di kawasan rumah masing-masing.







Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif Horizon Baharu (KIKHB 2020) Peringkat Kebangsaan Politeknik & Kolej Komuniti 2020

 Tarikh : 27.10.2020 (Selasa)

Tempat : Secara Dalam Talian Microsoft Teams.


Pertandingan KIK HB peringkat kebangsaan Politeknik dan Kolej Komuniti yang telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Kepala Batas telah dijalankan pada 26 sehingga 28 Oktober 2020. Majlis pembukaan dan penutup serta pertandingan telah dilaksanakan secara dalam talian melalui Microsoft Teams dan FB Live.

Pembentangan Kumpulan KIK JPA PIS adalah pada 27.10.2020 dengan tajuk projek iaitu e-Risk Management (Pengurusan Risiko) dan telah berjaya merangkul pingat Perak. Tahniah diucapkan kepada kumpulan KIK JPA atas anugerah yang diperolehi dan semoga kejayaan ini menjadi galakkan kepada pensyarah lain untuk menyertai petandingan KIK pada masa akan datang. Tidak lupa juga segulung tahniah diucapkan kepada Penasihat KIK (En Hashim Bin Mat Zin) dan Fasilitator KIK jabatan (En Ahmad Haffizu Bin Abdullah) yang telah memberi semangat kepada Ahli Kumpulan KIK e-Risk Management.


Tahniah diucapkan kepada :

Norhidayah Binti Md Saleh

Mohammad Hamdan Bin Abdul Ghani

Ummul Hafizah Binti Ali

Hajaratul Adhwa Binti Ahmad Kuthi

Nora Binti Sahari

Muhammad Alhafiz Bin Amat Esa

Tarishini A/P Visvalingam

Adilah Hafizah Binti Abd Halim







ASPIRASI KESENIAN ISLAM 3.0 2020

 

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

 

ASPIRASI KESENIAN ISLAM 3.0 2020

 

 

PERKARA

BUTIRAN

Pelaksana

Jawatankuasa Aspirasi Kesenian Islam 3.0 Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Tarikh

21 Oktober 2020

Hari

Rabu

Masa

9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat

 

·        Sesi penjurian Pertandingan Video Kreatif:

-           Secara dalam talian di lokasi masing-masing.

 

·        Majlis Perasmian Penutup:

-           TECC 1 (JPA)

 

Peringkat

Politeknik

Kumpulan Sasaran

 

Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan  

Kejayaan/Pencapaian

 

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu:

 

  1. Video Kreatif daripada Unit Pendidikan Islam
  2. Video Kreatif daripada Unit Bahasa Inggeris.

 

Pemenang daripada setiap kategori menerima hadiah berupa wang tunai yang dipindahkan terus ke akaun penerima.  Nilai hadiah:

 

  • Johan              : RM 400.00
  • Naib Johan      : RM 300.00
  • Tempat ketiga  : RM 200.00
  • Saguhati           : RM 100.00 ( 7 kumpulan )

 

Ringkasan Perjalanan Program

 

      Program Aspirasi Kesenian Islam 3.0 ini adalah rentetan atau sambungan daripada kejayaan penganjurannya buat pertama kali diadakan pada September 2018 yang lalu.  Bezanya penganjuran program kali ini hanya melibatkan satu pertandingan sahaja iaitu pertandingan Video Kreatif yang bertemakan nilai-nilai baik dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa.  Ia dicadangkan dalam mesyuarat jawatankuasa penganjurannya berikutan daripada masalah Covid 19 yang melanda negara ketika ini.  Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik Ibrahim Sultan.  Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

  1. Pertandingan Video Kreatif daripada Unit Pendidikan Islam.
  2. Pertandingan Video Kreatif daripada Unit Bahasa Inggeris. 

Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian dan telahpun berjaya mencapai objektif program.

 

TENTATIF PROGRAM

 

Bil.

Agenda

Tarikh

1.

Peserta menghantar video kreatif

04 – 08 Oktober 2020

2.

Penilaian oleh Panel dalaman

11 – 15 Oktober 2020

3.

Pemilihan (30) video kreatif terbaik oleh panel luar yang dilantik

18 – 19 Oktober 2020

4.

Sesi Perjurian pertandingan video kreatif

21 Oktober 2020

5.

Majlis Perasmian Penutup dan pengumuman pemenang

21 Oktober 2020

 

 

 

 

 

 

 

TENTATIF PERJALANAN PROGRAM

 

RABU ( 21 Oktober 2020 )

8.00 - 9.00 pagi                      : Sarapan

9.00 - 12.30 tengahari            : Sesi penjurian Pertandingan Video        

                                                 Kreatif

02.00 – 04.30 petang             : Majlis Penutup

                                                 - Ketibaan VIP

                                                 - Bacaan Doa

                                                 - Ucapan Ketua Jabatan Pengajian Am

                                                 - Ucapan perasmian oleh Pengarah

                                                   Politeknik Ibrahim Sultan melalui   

                                                   rakaman/tayangan video

                                                  ( Hjh Rashidah binti Mustapa )

                                                - Ulasan Ketua juri secara online

                                                - Tayangan Montaj

                                                - Pengumuman pemenang

                                                - Sesi bergambar dan bersurai

                         

   Sebanyak 15 video kreatif daripada setiap unit telah dipilih untuk dipertandingkan di peringkat akhir pada 21hb Oktober 2020 setelah ditapis oleh   panel dalaman dan panel jemputan.

 

    Panel penilai bagi pertandingan ini terdiri daripada (4) orang iaitu Encik Ahmad Amirul Hafiz bin Mohd Nor selaku ketua juri, Puan Fazilah binti Abdullah, pensyarah Kolej Vokasional (ERT) Azizah.  Mereka adalah juri jemputan daripada luar.  Manakala dua orang juri lagi merupakan juri daripada PIS sendiri iaitu Puan Nor Afizah binti Jalil, Pegawai Multimedia dan Sumber Politeknik Ibrahim Sultan dan Encik Rowland Anak Arah, Ketua Unit Perpustakaan Politeknik Ibrahim Sultan.

 

    Majlis perasmian penutup telah berlangsung di sebelah petang dan ia disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Puan Hajah Rashidah binti Mustapa melalui rakaman dan tayangan video.  Senarai pemenang turut diumumkan dalam majlis perasmian penutup ini.  Program ini diakhiri dengan sesi fotografi pada jam 4.30 petang.

 

    Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu bentuk pendedahan kepada para pelajar untuk sentiasa berdaya saing dan bersedia dalam mendepani cabaran dunia pendidikan yang sentiasa berubah.

 Objektif Program :

 

1.       Meningkatkan kreativiti dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui hubung kait antara teori dan praktikal.

2.       Memupuk dan meningkatkan kefahaman kesenian Islam serta hubungkaitnya dengan budaya kreativiti / inovasi dalam kehidupan seharian..

3.       Melahirkan pelajar dan warga  Politeknik Ibrahim Sultan yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi melalui aktiviti kesenian dan inovasi.

4.       Membentuk budaya masyarakat berilmu dan berfikiran aras tinggi.

5.       Memupuk kerjasama dua hala antara politeknik, masyarakat dan pihak industri demi manfaat bersama.   

 

Strategi Pelaksanaan

  1. Pertandingan Video Kreatif

Masalah/kekangan yang dihadapi

Tiada

Alatan Bantu

Komputer Riba & LCD

Kos

Pendapatan : RM 5465.00

Perbelanjaan :RM 1650.00

Sumber : Yuran Penyertaan (RM100 X 1 penyertaan)

Laporan kewangan seperti dilampiran 1

 

 

Impak Program

 

Kepada pelajar:

1.    Proses pembelajaran kursus MPU23052 - Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam, DUA 23072- Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam, MPU 23082 - Seni Dalam Islam,  DUA 6022- Komunikas dan Penyiaran Dalam Islam DUB 1012 – Pengajian Malaysia, MPU23043 – Nilai-Nilai Masyarakat Malaysia, DUE10012 – Communication English 1, DUE30022 – Communication English 2 dan MPU4013 – English for Digital Technology lebih mudah difahami.

2. Meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan dalam bidang kesenian dan teknologi dalam kalangan pelajar.

3.   Memberi ruang serta peluang kepada para pelajar berkarya @ berinovasi bagi meningkatkan keyakinan serta penampilan diri.

4.   Menerapkan tahap keyakinan diri para pelajar dalam mengendalikan acara.

 

Kepada staf/pensyarah :

1.   Menaikkan imej dan nama baik pensyarah Politeknik Malaysia,    

      khususnya Politeknik Ibrahim Sultan.

2.   Mewujudkan budaya kerjasama antara staf Politeknik Ibrahim

      Sultan dan pihak luar yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

 

 

Kepada Politeknik :

1.   Menaikkan imej dan nama baik Politeknik Malaysia, khususnya 

      Politeknik Ibrahim Sultan.

2.  Membantu politeknik menghasilkan warga kerja yang kompeten  

     dan berdaya saing tinggi dalam aspek kreativiti/inovasi.

3.   Mewujudkan budaya kerjasama antara Politeknik Ibrahim Sultan  

      dengan pihak luar yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Dokumentasi

Gambar program adalah seperti di lampiran 2

Senarai nama peserta

Lampiran 3