BENGKEL MOOC 1

      Bengkel MOOC telah diadakan pada 20 Disember 2017 yang bertempat di E-leraning Lab bagi mendedahkan cara penggunaan MOOC kepada pensyarah untuk diaplikasikan kepada pelajar masing-masing. Subjek yang terlibat adalah DUA6022 Komunikasi dan Penyiaran Islam yang melibatkan pelajar semester 5. Penerangan telah disampaikan oleh Pn. Hajaratul Adhwa' dan Pn Adilah Hafizah.













MAJLIS APRISIASI JPA 2017

         Majlis Aprisiasi JPA 2017 merupakan program yang julung-julung kali diadakan bagi menghargai warga JPA yang telah banyak memberi sumbangan kepada Jabatan Pengajian Am sendiri. Mereka diberikan sijil bagi tanda penghargaan atas sumbangan yang diberikan. Selain daripada itu, majlis ini juga diadakan untuk meraikan perpindahan Pn. Shah Rulbani ke Kolej Komuniti Kuala Lipis, Pahang pada 2 Januari 2018. Semoga beliau terus maju dan berjaya di tempat yang baharu. 



















BENGKEL PENUTUPAN FRP JUN 2017 & PEMBUKAAN FRP 2017

Tarikh : 13 November 2017
Tempat : Makmal bahasa 3 JPA
Masa : 8.00pg-5.00ptg

Kursus ini merupakan kerjasama di antara pihak JPA dan ULPL. Penceramah bagi kursus ini adalah Puan Kamarul Aina Binti Mohamed dan dibantu oleh Puan Norhidayah Binti Md Saleh. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah JPA yang baru serta pensyarah lama mengenai tatacara penutupan serta pembukaan FRP. Selain itu, kursus ini sebagai platform kepada pensyarah untuk memastikan FRP dalam keadaan lengkap serta sentiasa dikemaskini sebelum ditutup dan diaudit .






KURSUS INOVASI PdP JABATAN PENGAJIAN AM

Tarikh : 22 & 23 Oktober 2017
Tempat : Bilik TECC 1, CDEC


Kursus ini merupakan kerjasama di antara Jabatan Pengajian Am dan pihak ULPL. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah berkaitan hasil inovasi untuk dibentangkan serta memudahkan proses kenaikan pangkat pada masa akan datang. Kursus ini disampaikan oleh Dr. Harwati daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.