KEMBARA MINDA 2017

Tarikh : 18 Februari 2017
Tempat : Politeknik Ibrahim Sultan

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

KEMBARA MINDA 2017


PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh
18 Februari 2017
Hari
Sabtu
Masa
8.00 am – 1.00 pm
Tempat
Dewan Kuliah Utama(Perasmian & Penyampaian hadiah)
Bilik Kuliah JKE
Kantin
Peringkat
Jabatan
Kumpulan Sasaran
Semua pelajar khas JRKV dan JPH
Kejayaan/Pencapaian
Dimenangi keseluruhan oleh kumpulan 7
Ringkasan Perjalanan Program

Program Kembara Minda yang dilaksanakan pada 18 Februari 2017  yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan, khusus bagi pelajar-pelajar khas yang bertemakan ”Kembara Ilmu, Transformasi Minda dapat merealisasikan matlamat politeknik bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dari segi jasmani dan rohani. Program  tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abd Razak Bin Senan, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang yang bertempat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Ibrahim Sultan ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

TENTATIF
8.00  pagi                    :           Pendaftaran & Sarapan Pagi

8.30  pagi                    :           Taklimat & Pembahagian Kumpulan
                                    :          

9.00 pagi –
10.00 pagi                   :           Aktiviti 1
                                                            “Mencipta Logo Kumpulan”
Setiap kumpulan dikehendaki mencipta logo kumpulan masing-masing. Pemenang dikira berdasarkan kekretifan dan kekemasan logo tersebut. Masa yang diberi adalah 1 jam.
(Keperluan: pensil warna, pensil 2B, pemadam dan kertas lukisan)
                                                                       
10.15  pagi –
12.15 tengahari          :           Aktiviti 2
                                                    “Eksplorasi Minda
            Pelajar mencari barang tersembunyi secara berkumpulan mengikut arahan bertulis yang diberikan. (Keperluan: kertas soalan, sampul surat dan pen)

                                    :           Aktiviti 3
                                                                        “Puzzle”
Setiap kumpulan diberikan puzzle yang sama, dan diminta menyiapkan dalam tempoh masa tertentu. Kumpulan yang paling pantas menyiapkan puzzle, dikira sebagai pemenang.
                                                                        (Keperluan: Puzzle)                                                               
                                       :        Aktiviti 4
“Kami Sayang PIS“
Setiap kumpulan hendaklah mengambil gambar bersama ahli kumpulan di tempat yang terdapat logo PIS. Gambar tersebut akan ditunjukkan kepada fasilitator. Markah dikira berdasarkan kekreatifan foto yang diambil. Kemudian, mereka dikehendaki menjawab soalan tentang PIS.
(Keperluan: Kertas soalan dan pen)
                                                           
12.30  tengahari          :           Perasmian Penutup &
                                               Penyampaian hadiah

1.15  tengahari            :           Jamuan dan bersurai             

Program ini melibatkan seramai 64 orang pelajar khas daripada dua jabatan induk  iaitu Jabatan Pelancongan & Hospitaliti serta Jabatan Rekabentuk, Komunikasi & Visual.  Aktiviti yang diadakan berbentuk eksplorasi yang melibatkan 8 kumpulan pelajar khas yang diberikan tugasan untuk dilaksanakan sehingga selesai dan sempurna hingga ke peringkat akhir. Hadiah bagi pemenang program ini adalah secara berkumpulan, yang mana telah dikategorikan kepada 5 iaitu mencipta logo kumpulan, eksplorasi minda, puzzle, kami sayang PIS serta kumpulan terbaik secara keseluruhan.



  1. Memahami arahan-arahan yang diberikan.
Semua peserta dapat menyelesaikan serta melakukan arahan dalam soalan yang diberikan.
  1. Membina  daya fikir dan kreativiti di kalangan pelajar-pelajar khas  PIS.
Pelajar dapat mencipta satu logo kumpulan yang kreatif dan menarik.
  1. Merangsang motivasi diri untuk berdikari dalam menjalankan aktiviti harian.
Pelajar dapat melakukan eksplorasi minda dengan jayanya.
  1. Menanamkan sifat tolong-menolong dan bekerjasama di antara ahli di dalam kumpulan.
Segala aktiviti pelajar lakukan bersama serta saling bantu membantu tanpa mengira kaum.
  1. Meningkatkan sahsiah dan membentuk peribadi pelajar.
Pelajar menjalankan aktiviti dengan baik tanpa salah faham, bertanya apabila tidak faham serta mengenakan pemakaian yang sopan .
Strategi Pelaksanaan
  1. Mencipta logo kumpulan
  2. Eksplorasi Minda
  3. Puzzle
  4. Kami Sayang PIS
Program Kembara Minda 2017 telah di kelolai oleh fasilitator di kalangan pensyarah Jabatan  Pengajian Am yang mempunyai kemahiran dalam bahasa isyarat. Seterusnya, program ini telah dimulakan dengan aktiviti mencipta logo kumpulan yang mana pelajar khas perlu mereka cipta satu logo berdasarkan kreativiti masing-masing. Kemudian, diteruskan lagi dengan aktiviti eksplorasi minda yang melibatkan peserta perlu melaksanakan tugasan yang diberikan oleh fasilitator iaitu mengira, menyelesaikan silangkata serta mereka bentuk origami. Manakala aktiviti yang terakhir, peserta dikehendaki untuk menyelesaikan puzzle serta mengambil gambar di Dataran Politeknik dengan melengkapkan ayat yang diberikan. Secara keseluruhannya, pelajar khas di politeknik ini sangat kreatif dan berdikari walaupun mereka  kekurangan dari aspek pendengaran dan pertuturan, namun mereka dapat melaksanakan aktiviti yang diberikan serta mereka mampu memupuk kerjasama yang jitu.
Masalah/kekangan yang dihadapi
Tiada masalah
Alatan Bantu
Kertas lukisan, Komputer Riba, Pensil,Kertas Origami & Papan Puzzle
Kos
Pendapatan : RM 2923.00
Perbelanjaan : RM 2917.05
Sumber : Tabung Kerohanian Pelajar JPA

Impak Program

  1. Meningkatkan pemahaman pelajar dalam menyelesaikan masalah serta arahan yang diberikan.
  2. Membina daya fikir serta kreativiti pelajar dalam mencipta sesuatu.
  3. Memberi peluang kepada pelajar serta membentuk kepimpinan pelajar dalam menguruskan program.
  4. Memberi pengalaman serta menggilap bakat pelajar dalam penggunaan bahasa isyarat ketika komunikasi dengan pelajar khas.
Dokumentasi
Gambar program adalah seperti di lampiran 
Disediakan oleh

Ummul Hafizah Binti Ali













pendaftaran pelajar





No comments:

Post a Comment