Program Islam Sepanjang Hayat 2019


LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

PROGRAM PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT 2019 (PISH)

PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan.
Tarikh
Sepanjang tahun 2019.
Hari
Khamis.
Masa
8.00 pagi hingga 9.00 pagi.
Tempat

Masjid, Politeknik Ibrahim Sultan.
Peringkat
Jabatan.
Kumpulan Sasaran
Semua pelajar semester 1 JKM/JKE/JPH dan JRKV.
Kejayaan/Pencapaian
Semua pelajar yang hadir dapat mengikuti sesi bacaan Yaasin dan ceramah agama.
Ringkasan Perjalanan Program

Program Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) yang dilaksanakan sepanjang tahun 2019 yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan, khusus bagi pelajar-pelajar semester 1. Program ini bermula dengan bacaan Yaasin pada awal semester dan diselang seli dengan ceramah agama daripada ustaz jemputan sama ada dari dalam politeknik atau jemputan khas dari luar politeknik. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi yang bertempat di Masjid, Politeknik Ibrahim Sultan ini telah dilaksanakan dengan jayanya.



TARIKH PROGRAM
14 Januari 2019 - Ceramah agama disampaikan oleh Dr. Alias bin Mat Saad yang bertajuk Niat.

25 Julai 2019 – Bacaan Yaasin sempena kemasukan pelajar baharu ke Politeknik Ibrahin Sultan. Bacaan Yaasin ini dipiimpin oleh Ustaz Hashim bin Mat Zin.

26 September 2019 – Ceramah agama disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu PU Azihal yang menyampaikan ceramah bertajuk Hijrah.
           
Program ini melibatkan pelajar semester 1 JKM, JKE, JPH dan JRKV pada tahun 2019.

Strategi Pelaksanaan
  1. Slot Ceramah
-       Slot ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan mengikut tajuk yang diberikan.
  1. Slot Bacaan Yaasin
-       Bacaan Yaasin dibuat pada awal semester.

Secara keseluruhannya, pelajar semester yang terlibat mendapat manfaat daripada pengisian yang disampaikan.
Masalah/kekangan yang dihadapi
Tiada masalah
Alatan Bantu
Mikrofon
Kos
Tiada
Impak Program

  1. Meningkatkan pemahaman pelajar berkenaan ilmu agama yang disampaikan.
  2. Meningkatkan pengetahuan pelajar berkenaan topik yang disampaikan oleh penceramah.
Dokumentasi

Gambar program adalah seperti di lampiran.

Senarai nama peserta
Lampiran









BENGKEL PENUTUPAN FRP & BENGKEL PENYEDIAAN e-FRP sESI dISEMBER 2019