Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016

Tarikh : 26 Julai 2016 (Selasa)
Tempat : DTLAJ



Program ini adalah sambutan Hari Raya peringkat politeknik bertemakan Pesta Indahnya Syawal 1 Malaysia yang melibatkan semua staf dan pelajar PIS. Pelbagai pertandingan telah diadakan termasuk menganyam ketupat,  tart sepit 1 Malaysia, rumah tercantik , juadah terenak dan sebagainya. Selain itu, program ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga JPA dan PIS serta memupuk kerjasama dalam menyediakan  makanan serta menghias rumah syawal JPA tersebut. Program ini telah diketuai oleh jawatankuasa kebajikan JPA dengan kerjasama semua staf JPA bagi memeriahkan serta menjayakan program ini.