Hari Sukan Jabatan


HARI SUKAN JABATAN adalah antara aktiviti tahunan jabatan. Masa ni lah staf JPA menonjolkan bakat masing-masing. Dalam diam, rupa-rupanya ramai di kalangan staf JPA ni berbakat besar dalam sukan. Tidak kurang juga staf yang begitu bersemangat untuk bersukan.
Acara untuk hari sukan dibahagikan kepada dua kategori iaitu acara padang dan acara dalaman. Acara padang yang dipertandingkan adalah bola jaring, sepak takraw dan bola tampar. Pertandingan dalaman adalah badminton, ping pong, congkak, dam ular dan baling selipar. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Masing-masing begitu bersemangat menyokong kumpulan masing-masing.


Begitu semangat ahli-ahli JPA berlawan antara pasukan. Masing-masing tidak  mahu menyerah kalah. Macam2 jenis manusia ada ....... Mcm2 aksi ada...pendek kata mcm2  lagilah...ada wanita hamil,lelaki garang & berdisiplin, kanak2 riang & sebagainya... ( lihat gambarajah ..he..he..) Ada yg jatuh tergolek, terbang melayang, terus terseliuh & mcm2 lagi..... Apa2 pun tetap termasuk dalam 2 kategori: menang & kalah. Tak yah la gaduh2 masam muka, tak kan asyik2 kita jek yg nak menang..Betui dok?




Wajah-wajah ceria pemain.
Ni permainan yg paling bahaya..tajuknya berlumba dgn salah satu haiwan liar
di dlm zoo iaitu Dam Ular. Siap yg menang memang terer la!


Ni plak acara dalaman. Tengok tu...siap 'lending' lagi atas lantai.
Apa-apa pun mereka ni memang seronok mengalahkan budak-budak lagi.
TAHNIAH kepada para pemenang...

IKRAM

Visit InfoServe for Blogger backgrounds or to create website designs.