JOM SIHAT BERSAMA JPA


LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA JPA


PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh

·     13 November 2019

Hari
Rabu
Masa
·     8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat

·        Kompleks Sukan
·        Padang Petanque
Peringkat
Jabatan
Kumpulan Sasaran

Semua staf JPA

Kejayaan/Pencapaian
Petanque
Tempat Pertama: Kumpulan Merah
Tempat Kedua: Kumpulan Hijau
Tempat Ketiga: Kumpulan Ungu

Ping Pong

Tempat Pertama: Kumpulan Biru
Tempat Kedua: Kumpulan Hijau
Tempat Ketiga: Kumpulan Ungu

Badminton

Tempat Pertama: Kumpulan Ungu
Tempat Kedua: Kumpulan Hijau
Tempat Ketiga: Kumpulan Merah





Ringkasan Perjalanan Program

      Program Jom Sihat Bersama JPA yang dilaksanakan pada 13 November 2019 yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan merupakan program berkonsepkan kesihatan. Keutamaan program ini dijalankan selain daripada memupuk perpaduan ianya juga memberi perangsang kepada pegawai ke arah hidup sihat.  

     Program Hari Sihat JPA ini melibatkan semua pegawai daripada Jabatan Pengajian Am (JPA).  Program ini dibahagikan kepada dua jenis sukan iaitu sukan dalaman (indoor) dan luaran (outdoor). Pegawai dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan Hijau, Ungu, Biru dan Merah.

     Program dimulakan dengan slot pemanasan badan dan jogging yang diketuai oleh En. Ahmad Hafizzu Bin Abdullah. Kemudian disambung dengan pertandingan petanque. Pada sebelah petang pula, majlis diteruskan dengan pertandingan pingpong badminton.

    Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am iaitu Ustaz Hashim Bin Mat Zin dan pemenang pertandingan telah diumumkan. Bagi pertandingan petanque tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Merah, tempat kedua kumpulan Hijau dan tempat ketiga kumpulan Ungu. Manakala bagi pertandingan ping pong, tempat pertama  dimenangi oleh kumpulan Biru, tempat kedua kumpulan Hijau dan ketiga kumpulan Ungu. Bagi pertandingan badminton pula tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Ungu, tempat kedua kumpulan Hijau dan kumpulan ketiga kumpulan Merah. Juara keseluruhan bagi Hari Sukan JPA dimenangi oleh kumpulan Hijau. Program ini telah diakhiri dengan sesi fotografi pada jam 5 petang.

     Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu bentuk pendedahan kepada pgawai tentang kepentingan menjaga kesihatan.









TENTATIF
RABU ( 13 NOVEMBER 2019 )
8.00 pagi          : Sarapan
9.00 pagi          : Warm up/ Jogging
10.00 pagi        : Pertandingan Petanque
12.30 tgh          : Rehat
2.00 ptg            : Pertandingan Ping Pong
                         : Pertandingan Badminton
4.30 ptg            : Majlis Penutup
5.00 ptg            : Bersurai
                          : Sesi Fotografi


    
    

 Objektif Program :


1.        Menggalakkan pegawai sihat dalam aktiviti sukan dengan tujuan bagi melahirkan pegawai yang cerdas, cergas dan sihat.

2.        Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada pegawai bahawa sukan sebagai unsur bagi menjana kesihatan secara berterusan dan menjadikan sukan sebagai budaya dalam kehidupan seharian.

3.        Menjalin ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat dalam kalangan pegawai Jabatan Pengajian Am ke arah melahirkan satu bangsa dan negara yang kuat melalui aktiviti sukan.
            
Strategi Pelaksanaan
  1. Aktiviti Pemanasan Badan
  2. Pertandingan Petanque
  3. Pertandingan Pingpong
  4. Pertandingan Badminton
  5. Majlis Penyerahan Cenderahati
Masalah/kekangan yang dihadapi
Tiada
Alatan Bantu
Bola Petanque, Bulu Tangkis, Raket, Bet Ping Pong
Kos
Pendapatan : RM 550.00
Perbelanjaan :RM 550.00
Sumber : Gabungan daripada duit kedua-dua unit (agama dan bahasa).
Laporan kewangan seperti dilampiran 1

Impak Program

Kepada Pegawai :
1.   Memberi ruang serta peluang kepada para pegawai untuk memiliki daya saing yang mantap bagi meningkatkan keyakinan diri.
2. Mewujudkan budaya kerjasama dan setiakawan yang tinggi dalam kalangan pegawai dalam mendepani cabaran pendidikan.
3. Memberikan galakan kepada pegawai untuk sentiasa tampil sihat dan cergas walau dimana mereka berada.
Dokumentasi
Gambar program adalah seperti di lampiran 2
Senarai nama peserta
Lampiran 3





Lampiran 1
LAPORAN KEWANGAN

Program Jom Sihat Bersama JPA

PENDAPATAN
PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)

1
Tabung Unit:
-Agama
-Bahasa

225
225
1
Jamuan
                Potluck
-


2
Hadiah dan Cenderahati
i.                      Badminton
Pertama (RM 70.00)
Kedua   (RM 50.00)
Ketiga (RM 30.00)

ii.                    Ping Pong
Pertama (RM 70.00)
Kedua   (RM 50.00)
Ketiga (RM 30.00)

iii.                   Pentanque
Pertama (RM 70.00)
Kedua   (RM 50.00)
Ketiga (RM 30.00)

450




3
Peralatan

          Bulu Tangkis

100

JUMLAH
550
JUMLAH PERBELANJAAN
550.00




BAKI
-





Lampiran 2
Gambar-gambar sekitar Program Jom Sihat Bersama JPA


















 
 

Disediakan oleh :

                                                                                               
(HAJARATUL ADHWA’ BINTI AHMAD KUTHI)                                        
Penyeleras Program Jom Sihat Bersama JPA
Politeknik Ibrahim Sultan
                                                                 
Tarikh :                                                              


Disemak oleh :
                                                                 


(WAN ZAKIAH BT WAN YUNUS)                                            (SITI NORAINI BINTI HAMZAH)
Ketua Kursus Pendidikan Islam & Moral                                       Ketua Kursus Unit Bahasa
Politeknik Ibrahim Sultan                                                               Politeknik Ibrahim Sultan                                                              

Tarikh :                                                                                           Tarikh :


Disahkan oleh :


(HASHIM BIN MAT ZIN)
Ketua Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh :