Kursus Pengurusan Jenazah Bersama Komuniti


Tarikh : 22 Januari 2022 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Surau Ar-Rahman, Jalan Mangga


Program Kolaborasi antara Jabatan Pengajian Am atau Skuad Pengurusan Jenazah PIS dengan Surau Ar-Rahman, Jalan Mangga telah dilaksanakan pada hari Sabtu yang lepas bersama 4 orang fasilitator iaitu En. Hashim Bin Mat Zin, En. Mohammad Hamdan Bin Abdul Ghani, Pn. Rohamiah Binti Muda dan Pn. Ummul Hafizah Binti Ali. 

Kursus ini telah disampaikan oleh En. Hashim Bin Mat Zin dan sesi praktikal(mandi dan kafan) pula telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian lelaki dikelolai oleh fasilitator lelaki dan perempuan dikelolai oleh fasilitator perempuan. 









 



PROGRAM APRESIASI 2021

Tarikh : 20 Januari 2022 (Khamis)
Masa 2.00 petang
Tempat : Capri By Fraser, JB


Majlis ini dijalankan bagi meraihkan warga JPA yang telah banyak memberi sumbangan serta komitmen yang tinggi kepada Jabatan Pengajian Am sepanjang tahun 2021. Majlis ini adalah majlis akhir tahun yang julung-julung kali dijalankan bagi Jabatan Pengajian Am untuk tahun ini.

Majlis telah dihadiri oleh tetamu khas, Timbalan Pengarah Akademik(TPA) iaitu Ts. Hj. Hamdan Bin  Samdin. Sesi Penyampaian sijil anugerah  kepada warga JPA turut diadakan yang telah banyak memberi sumbangan kepada JPA telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik dan Ketua Jabatan Pengajian Am (Pn. Siti Noraini Binti Hamzah). Tahniah diucapkan kepada semua yang menerima anugerah daripada Ketua Jabatan dan semoga semua warga JPA dapat teruskan usaha serta kekalkan kualiti kerja yang baik pada masa akan datang.

Sesi pertukaran hadiah juga diadakan sebagai satu acara suka ria antara warga JPA. Cabutan bertuah juga disediakan kepada staf yang bertuah bagi memeriahkan lagi majlis.