Program Bacaan Yasin JPA Secara Dalam Talian

 Hari : Khamis (Malam Jumaat)

Tarikh: 9,16 & 23 Sept. 2021

*Masa:  7.30 pm( lepas maghrib) 

*Platform : Google Meet


Program ini dilaksanakan adalah bagi tujuan memohon kepada Allah agar di jauhkan penyakit covid 19 dan musibah lain dari warga PIS khususnya dan umat Islam amnya. Bacaan ini telah diketuai oleh Ustaz Hamdi pada 9 sept 2021, Ustaz Hashim pada 16 sept 2021 dan Ustaz hamdan  pada 23 Sept 2021. 

Program ini juga terbuka kepada semua staf PIS dan juga PUSPANITA PIS.








Bengkel Pembukaan iFRP dan eFPK sesi 1 2021/2022 secara dalam talian


Tarikh : 15.09.2021(Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Platform : Microsoft Teams

Bengkel ini diadakan bagi persediaan pembukaan iFRP bagi sesi baharu iaitu sesi 1 : 2021/2022. Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Norhidayah Binti Md. Saleh dan telah menerangkan perubahan yang telah dimaklumkan oleh pihak kualiti sebelum ini. Selain itu, penyediaan FPK (Fail Penyelaras Kursus) pada sem ini adalah secara online di dalam Microsoft Teams yang telah disediakan bagi memudahkan audit pada masa akan datang. Perkara ini adalah tindakan pensyarah yang mengajar serta Penyelaras Kursus.