Kursus E-Learning SCORM (Video & iSPRING) & CIDOS

LAPORAN KURSUS SCORM (VIDEO & iSPRING) DAN CIDOS JPA
Disediakan oleh:
Mimi Aineen Binti Abu Mansor


Tarikh  : 13 – 16 Jun 2016
Hari     : Isnin – Khamis
Tempat : Makmal e-Pembelajaran, CdEC


            Cik Mimi Aineen Binti Abu Mansor selaku jawatankuasa e-learning PIS memulakan kursus dengan slot taklimat kursus, objektif kursus, taklimat BLDT & BLFR dan taklimat SCORM. Semua pensyarah didedahkan dengan kepentingan menghadiri kursus ini sebagai satu usaha melengkapkan diri dalam kepelbagaian kemahiran terutamanya ke arah penyediaan item e-learning.

            Slot kursus dimulakan dengan informasi berkenaan tentatif kursus, pengisian dan persediaan bahan kursus, dan pembahagian kumpulan peserta kursus. Ianya diteruskan dengan informasi terbaru berkaitan e-pembelajaran. Cik Mimi Aineen meneruskan pengisian kursus dengan informasi dan pendedahan berkenaan BLDT (Blended Learning Distribution Table) dan BLFR (Blended Learning Fulfillment Record) dan kepentingan bahan pengajaran berbentuk SCORM (Sharable Content Object Reference Model) sebagai salah satu e-content wajib dalam platform CIDOS.

            Slot seterusnya diambilalih oleh penceramah En. Ungku Mahadzir bin Ungku Zainal Abidin untuk sesi seterusnya berkaitan slot video iaitu  Pra  Produksi Video. Slot ini berkaitan pengenalan video dan cara kendali dan penggunaan video. Slot dan hari seterusnya diteruskan dengan pembikinan video dan editing video dan peserta diberi tutorial berkaitan penggunaan software iSpring.

           
            Setelah para peserta berjaya menghasilkan bahan pengajaran beserta video berbentuk iSpring peserta diberi kursus bagaimana untuk menggunakan SCORM package bagi dimuatkan di dalam e-learning CIDOS. Selain pembentangan hasil bahan kursus peserta, Cik Mimi Aineen Binti Abu Mansor menamatkan hari terakhir dengan kursus BLDT dan BLFR kepada peserta secara satu persatu.

            Hasil dari kursus ini, para peserta telah memahami dan mengetahui tentang BLDT dan mampu menyediakan BLFR sendiri kelak. Di samping itu, para perserta telah dan dapat menggunakan bahan kursus serta dimuatkan terus di dalam CIDOS masing-masing. Justeru CIDOS content berbentuk SCORM telah berjaya dilaksanakan dan membantu peserta memperolehi status “thumbsup”  untuk semester Jun 2016. Malahan peserta telah bertukar-tukar bahan antara satu sama lain.













No comments:

Post a Comment