SUKAN BOWLING JABATAN PENGAJIAN AM 2016


Tarikh : 26.05.2016 (Khamis)
Masa : 12.30tghri
Tempat : Pusat Bowling Pasir Gudang
 
Program ini telah melibat semua staf JPA dan telah dibahagikan dalam beberapa bentuk kumpulan. Kumpulan pertama dimenangi oleh kumpulan En Mohd Khairul Naim, pemenang kedua jatuh kepada kumpulan En Mohd Rafiq manakala pemenang ketiga disandang oleh kumpulan En. Mohammad Hamdan. Seterusnya juara pin terbanyak dimenangi oleh Puan Ainun Juhariah serta En. Muhammad Alhafiz. Manakala juara longkang pula, disandang oleh Cik Nora dan Encik Yeow Chee Kheong.
 
 
Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara staf JPA bagi memupuk kerjasama di dalam jabatan. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat mengurangkan tekanan kerja di kalangan staf JPA supaya dapat melahirkan pekerja-pekerja yang sihat dan cergas dalam menjalankan tugas. Seterusnya, diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan dating. 
 






 
 


No comments:

Post a Comment