PROGRAM PEMBUDAYAAN AL-QURAN PELAJAR & STAF

Tarikh : sesi Jun 2016 (Jun-Oktober)
Tempat : Masjid PIS (pelajar) & Bilik Seminar ULPL (staf)


Program Pembudayaan al-Quran adalah merupakan program yang disarankan oleh mantan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan yang lepas iaitu Datuk Dr. Arshad Bin Kasim. Dengan idea beliau, maka program ini telah dilaksanakan kepada semua pelajar semester 1, Politeknik Ibrahim Sultan pada setiap hari Khamis jam 8.00 pagi-9.00 pagi di Masjid, PIS. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi input kerohanian kepada pelajar serta memberi bimbingan agar sikap serta akhlak yang murni dapat diterapkan dalam diri pelajar-pelajar politeknik.




























Manakala program staf pula adalah untuk memberikan input kerohanian kepada warga PIS bagi memupuk suasana kerja yang efektif dan bermotivasi. Program ini diadakan di bilik seminar ULPL dan penceramahnya adalah daripada kalangan pensyarah Unit Agama Jabatan Pengajian Am secara bergilir-gilir.










No comments:

Post a Comment