PEMBUDAYAAN AL-QURAN ”DAURAH FIQH PUASA”

LAPORAN PEMBUDAYAAN AL-QURAN  
”DAURAH FIQH PUASA”
12 MEI 2016

Disediakan Oleh :

Mohd Khairul Naim bin Sameri



Tarikh :    12 Mei 2016

Tempat :  Dewan Kuliah Utama  (DKU) Politeknik Ibrahim Sultan

PENDAHULUAN
Pada 12 Mei 2016 Unit Agama Jabatan Pengajian Am Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Masjid Politeknik Ibrahim Sultan telah melancarkan satu program kerohanian yang diberi nama Program Pembudayaan Al Quran  ”Daurah Kitab Fiqh Puasa” Terjemahan dari Kitab Fathul Qarib Al Mujib, dalam kalangan Staf dan Pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti Politeknik Ibrahim Sultan. Program ini berlangsung selama sehari ,bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) Politeknik Ibrahim Sultan. Program pada kali ini telah menampilkan  penceramah undangan Al fadhil Ustaz Mohd Anuar Fitri bin Jusoh, Mudir Madrasatul Quran Al Hikmah Kampung Assam Jawa Kuala Selangor , Selangor Darul Ehsan yang mahir dalam permasalahan puasa khususnya dalam mazhab syafie.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Program Pembudayaan Al-Quran ini merupakan aktiviti berkala yang dijalankan sebanyak dua minggu sekali pada setiap bulan bermula bulan Januari 2015. Pengisian Program Pembudayaan Al quran pada kali ini lebih cenderung mengaitkan  Al quran dan hukum-hukum fiqah yang menjurus kepada perbahasan puasa. Dalil-dalil Al quran yang berkaitan puasa dibahaskan dan permasalahan hukum-hukum puasa dikongsikan semasa sesi ceramah. Matlamat dari program ini adalah untuk menerangkan pensyariatan puasa berdasarkan dari sumber Al Quran dan penyelesaian permasalahan puasa seperti puasa ganti , bayaran fidyah, kelewatan mengantikan puasa, kadar bayaran fidhiah dan sebagainya.

PENGISIAN
Program Pembudayaan Al Quran ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dikalangan staff dan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan serta  membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ayat Al Quran dan perbahasan  mengenai fiqh puasa, seperti rukun-rukun puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa, amalan-amalan sunat , hari yang dilarang untuk berpuasa,pengGantian puasa bagi si mati oleh waris dan sebagainya. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.Penyertaan oleh pelajar Pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti Politeknik Ibrahim Sultan seramai 29 orang dan 50 Orang dari kalangan Staf Politeknik Ibrahim Sultan.
Sesi soal jawab bermula jam 10.00 pagi, berakhir jam 10.40 pagi, Pelbagai permaslahan puasa diajukan kepada penceramah dan dijawab dengan jayanya.Pihak penganjur khususnya Unit Agama, Jabatan Pengajian Am dan Masjid Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dari semua jabatan yang terlibat dalam menjayakan program pembudayaan Al Quran Daurah Kitab Fiqh Puasa pada kali ini, dan mengharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.  

BIODATA PENCERAMAH
NAMA :             USTAZ MOHD ANUAR FITRI BIN JUSOH
JAWATAN:      MUDIR MADRASATUL AL QURAN AL HIKMAH
              MASJID KAMPUNG ASSAM JAWA BUKIT ROTAN
                          SELANGOR DARUL EHSAN
KELULUSAN : IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH ISLAMIAH
                             UNIVERSITI AL AZHAR MESIR

UMUR              :30 TAHUN
STATUS          :BERKHAWIN


JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG :
PN. RASHIDAH BINTI MUSTAPA
Pengarah
Politeknik Ibrahim Sultan

EN ABD RAZAK BIN SENAN
Timbalan Pengarah (Akademik)
Politeknik Ibrahim Sultan

EN NOOR AZMI BIN HJ ASMAWI
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)
Politeknik Ibrahim Sultan

      PENASIHAT               
PN WAN ZAKIAH BT WAN YUNUS
Ketua Kursus Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ibrahim Sultan



JAWATANKUASA PELAKSANA


PENGARAH PROGRAM         : EN. MOHD KHAIRUL NAIM BIN SAMERI
SETIAUSAHA                           : CIK MIMI AINEEN BINTI ABU MANSOR
                     BENDAHARI                         : PN. NORFARAHI BINTI ZULKIFLI
                     DIVISI PROMOSI                       : PN. UMMUL HAFIZAH BINTI ALI
                     DIVISI JEMPUTAN                    : PN. DINA BINTI ABDUL KHALIK
                     DIVISI PERSIAPAN                   : EN. MOHAMMAD HAMDAN BIN ABDUL GHANI
                     TEMPAT & TEKNIKAL
                     DIVISI CENDERAHATI            : PN. ZANARITA BINTI ABDUL MALEK


TENTATIF PROGRAM

8.00am                          :  Pendaftran peserta di Dewan Kuliah Utama (DKU),
                                             Ibrahim Sultan Politeknik   
8.15am                      :   Ceramah

10.15pm                     :   Majlis Bersurai









No comments:

Post a Comment