Program Pembudayaan al-Quran Staf dan Pelajar


Tarikh : sesi Disember 2015 (Dis-Mac)
Tempat : Masjid PIS (pelajar) & Bilik Seminar ULPL (staf)


Program Pembudayaan al-Quran adalah merupakan program yang disarankan oleh mantan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan yang lepas iaitu Datuk Dr. Arshad Bin Kasim. Dengan idea beliau, maka program ini telah dilaksanakan kepada semua pelajar semester 1, Politeknik Ibrahim Sultan pada setiap hari Khamis jam 8.00 pagi-9.00 pagi di Masjid, PIS. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pelajar dapat mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh pembelajarannya. Selain itu, program ini juga adalah untuk membudayakan pembacaan al-Quran dalam kehidupan seharian pelajar serta dapat membaiki pembacaan dengan lebih lancar serta bertajwid.



 


Manakala program staf pula adalah untuk memberikan input kerohanian kepada warga PIS bagi memupuk suasana kerja yang efektif dan bermotivasi. Program ini diadakan di bilik seminar ULPL dan penceramahnya adalah daripada kalangan pensyarah Unit Agama Jabatan Pengajian Am secara bergilir-gilir.

 
 



 

No comments:

Post a Comment