PERTANDINGAN INOVASI KREATIF ISLAMIK 2016

LAPORAN PERTANDINGAN INOVASI KREATIF ISLAMIK 2016


Oleh :

Hajaratul Adhwa’ bt Ahmad Kuthi

Tarikh : 16 Mac 2016 (Rabu)

Tempat : Exibition Hall, CDeC
 
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan Masjid PIS telah mengadakan Pertandingan Inovasi Kreatif Islamik 2016 pada 16 Mac yang lalu. Bermula dengan peringkat saringan pada 09 Mac 2016 ternyata program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar dari semua jabatan. Objektif utama program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar semester dua di Politeknik Ibrahim Sultan menghasilkan produk yang kaya dengan kreativiti dan berimpak tinggi selain memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan bakat, minat dan potensi dalam menghasilkan projek inovasi dengan mengikut kreativiti pelajar.
 
 
Hadiah disampaikan oleh

En. Noor Azmi bin Hj. Asmawi (KJ JPA)


Peringkat saringan telah dijalankan di Jabatan Pengajian Am dengan penyertaan sebanyak 48 buah kumpulan yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik sebanyak 15 buah kumpulan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal juga sebanyak 15 buah kumpulan, Jabatan Rekabentuk Grafik dan Visual sebanyak 12 buah kumpulan dan Jabatan Perlancongan & Hospitaliti sebanyak 4 buah kumpulan. Setelah diadili oleh beberapa orang juri daripada Unit Agama dan Moral hanya terdapat 20 buah kumpulan sahaja yang layak untuk dibawa ke peringkat akhir pertandingan.
 
 
 
Juri sedang membuat penilaian

 

Pertandingan peringkat akhir Inovasi Kreatif Islamik 2016 telah berlangsung di Exibition Hall, CDeC pada jam 2.15 petang. Pertandingan ini telah menyaksikan kredibiliti pelajar dalam menghasilkan pelbagai inovasi mengikut bidang kepakaran masing-masing. Seramai 3 orang juri dari pelbagai jabatan seperti En. Aidi Bin Suliman yang mewakili JKE dan JKM, Pn. Ismalyza Binti Md. Arif dari JRKV serta Cik Noor Sabrina Binti M. Salbi dari JPH telah memberi kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.

Penghasilan inovasi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang terlibat ternyata mampu memberi gambaran bahawa mereka mampu mengembangkan potensi dan kepakaran ke peringkat yang lebih tinggi. Setelah hampir 2 jam di adili oleh ketiga-ketiga orang juri maka degan rasminya tempat pertama dimenangi oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dengan tajuk projeknya Tongkat Ruksah dengan hadiah wang tunai berjumlah RM 250.00, manakala tempat kedua telah berjaya disandang oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik sebanyak RM 200.00 dengan inovasi yang bertajuk Eco-Pily dan tempat ketiga telah memenangi sebayak RM 150.00 dari Jabatan Rekabentuk Komunikasi dan Visual dengan projek Sollah Doll. Perasmian penutup program ini telah dijalankan dengan jayanya oleh Encik Noor Azmi Bin Asmawi. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.


 

 
Tempat Pertama – Tongkat Ruksah


Tempat Kedua – Eco-Pily

Tempat ketiga – Sollah Doll


 
Para peserta bergambar bersama KJPA, juri dan pensyarah


 


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 

 


           





 

No comments:

Post a Comment