PELAPORAN AKTIVITI
PROGRAM KEMBARA MINDA
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN










Disediakan oleh : Pn. Shah Rulbani Bt Zakaria

 

1.       Nama aktiviti:

Program Kembara Minda 2015

 
2.       Latarbelakang/Rasional:

Pelajar-pelajar Istimewa atau lebih dikenali sebagai Pelajar-pelajar Khas di Politeknik Ibrahim Sultan adalah dikategorikan sebagai  Orang Kurang Upaya (OKU) yang sememangnya perlu dibantu untuk menambah baik pengetahuan dan kemahiran mereka. Walaupun ditakrifkan sebagai insan yang kekurangan dari segi fizikalnya,namun mereka juga merupakan aset berharga dalam proses tranformasi negara. Dengan dorongan dan motivasi yang berterusan,golongan ini mampu mengorak langkah bersama-sama meneraju arus pembangunan negara.Sehubungan dengan itu,aktiviti Kembara Minda ini dirangka bagi memberi  pendedahan tentang penggunaan bahasa,belajar memahami arahan,menyelesaikan masalah  serta membantu meningkatkan kefahaman dalam pembelajaran mereka.

 

Program Kembara Minda ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh unit  Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Ibrahim Sultan bertujuan merangsangkan motivasi diri untuk para pelajar yang istimewa pendengaran di samping menanamkan sikap tolong menolong dan bekerjasama di antara satu sama lain.

 
3.       TEMA

        “Kembara Ilmu , Tranformasi Minda”

 
4.       OBJEKTIF

                    i. Memahami arahan-arahan yang diberikan.

                   ii. Mengaplikasi pengetahuan sedia ada dalam kehidupan yang sebenar.

                 iii. Membina  daya fikir dan kreativiti di kalangan pelajar-pelajar khas  PIS.

                 iv. Merangsang motivasi diri untuk berdikari dalam menjalankan aktiviti harian.

                  v. Menanamkan sifat tolong-menolong dan bekerjasama di antara ahli di dalam kumpulan.

 
5.       Butiran aktiviti:

                     i.            Tarikh : 14 Mac 2014

                   ii.            Hari : Sabtu

                  iii.            Tempat : Politeknik Ibrahim Sultan

                 iv.            Bilangan peserta : 70 orang  pelajar  


6.         Rumusan pelaksanaan aktiviti dan pencapaian terhadap objektif/outcome

 
       Program Kembara Minda melibatkan pelajar khas di Politeknik Ibrahim Sultan seramai 70 orang, pelajar terdiri daripada dua jabatan induk  iaitu Jabatan Pelancongan & Hospitaliti serta Jabatan Rekabentuk, Komunikasi & Visual. 

 
       Aktiviti yang diadakan berbentuk eksplorasi yang melibatkan 6 kumpulan pelajar khas dan terdapat 4 ’check point’ di mana setiap ’check point’  terdapat tugasan yang perlu dilaksanakan bagi melayakkan mereka untuk ke check point  yang berikut. Hadiah bagi pemenang program ini adalah secara berkumpulan, yang mana telah dikategorikan kepada 4 iaitu gimik terbaik, eksplorasi terbaik, penyusunan puzzle yang paling pantas dan terbaik dan collage terbaik serta hadiah bagi kumpulan terbaik secara keseluruhan.

 
        Ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program ini serta  kepada wakil Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu Encik Mohamad Fazrin Bin Hamdan selaku perasmi penutup Program Kembara Minda

 
7.       Maklumbalas peserta dan pensyarah

Semua peserta dan pensyarah yang terlibat amat berpuashati dan mereka mendapat banyak manfaat daripada program di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim.  Para peserta juga mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

 
8.       Cadangan penambahbaikan (CQI)

Merancang  aktiviti yang berterusan agar memberi manfaat kepada  masyarakat pelajar .

 
9.       Aktiviti susulan bagi pencapaian objektif

Merancang mengadakan program yang berbentuk eksplorasi minda yang boleh membentuk sahsiah pelajar khas.





















                                                                                                                      

                                                                                            

 

 

 

 

 



 

 

 

No comments:

Post a Comment