Bengkel Sejarah Islam :10 Tonggak Melayu Bersendi Kitabullah
 
 
1. Nama program : Bengkel Sejarah Islam :10 Tonggak Melayu Bersendi Kitabullah
2. Anjuran : Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Pertubuhan Kemudi dan ULPL
3. Tarikh : 5 – 6 Mac 2014
4. Tempat : Bilik Seminar ULPL
5. Sinopsis program :
        Alhamdulillah, pihak Jabatan Pengajian Am, PIS memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT, serta ucapan jazakallahu khairan kathiran kepada pihak Pertubuhan Kemudi kerana telah berkongsi hasil kajian mereka terhadap akar sejarah bangsa Melayu dan Islam yang telah mewarnai sejarah Tanah Melayu yang kesannya masih boleh dilihat dalam kemajuan Malaysia hari ini.
        Istimewanya program yang berlangsung selama 2 hari ini adalah kerana format dan pengisian seumpamanya  sangat jarang dibuat dalam persekitaran akademik di mana-mana tempat juapun dalam tanah air kita, iaitu ikhtiar menggabungkan elemen-elemen Melayu dengan Islam pada data dan tafsiran khususnya melalui aspek-aspek sejarah bangsa kita, malah  sekaligus menghimpunkan elemen-elemen survivalisme Melayu Islam di zaman pasca modenisma yang sedang mulai melanda umat manusia masakini.
    Penceramah-penceramah KEMUDI iaitu (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman, Ustad Ahmad Shadan al-Hadrami serta Ustad Iqbal Zain al-Jauhari telah membentangkan beberapa tajuk kertas kerja, iaitu:
      1.     Mengupas Isu 'Asabiyah dan Perjuangan Melayu: Perspektif Islam
     2.    Jalan Mengenal Melayu
     3.    Intipati Ilmu Melayu
     4.    Ahlul-Bait Rasulullah SAW dalam Institusi Umara@Raja-raja
            Melayu.
     5.    Tradisi Fahaman Akidah Ahlus SunnahWal Jamaah Dalam Sejarah
            Nusantara
     6.    Melayu & Kestabilan Dinamik
         Kemudi juga menjemput sahabat dan wakil mereka di Johor, iaitu Ustad Mohd Zaki Wahir bersama pembantunya saudara Asfaruszamri Adam dari Pertubuhan NGO Pengamal Persilatan Dan Warisan Melayu Nusantara Johor (PEWARISAN) serta  Pemegang Amanah Gelanggang Silat Melayu Keris Lok 9 (Johor) bagi mengadakan persembahan 'Rahsia Keris dan Persilatan Melayu" yang berupaya membangkitkan kefahaman sebenar serta  semangat perjuangan Islam hakiki.
        Selain pembentangan kertas kerja, pihak Kemudi juga telah mengadakan beberapa slot kolokium dengan para peserta yang terdiri dari pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik  Ibrahim Sultan. Beberapa persembahan multimedia yang diambil dari berbagai sumber yang relevan dengan tema program ini telah menyemarakkan lagi suasana ilmiah selain menambahkan ilmu dan kefahaman.
         Adalah menjadi harapan kami bahawa objektif Bengkel Sejarah Islam ini sedikit sebanyak membantu mengenalkan kembali masyarakat kita kepada  AKAR SEJARAH BANGSA MELAYU, khususnya elemen-elemennya yang amat  mesra Islam dalam usaha mengembalikan keperibadian dan penjatian umat Melayu yang unggul, beradab dan berwibawa,  dapat tercapai melalui program-program seumpama ini.
 
 
Pengisian Slot Penceramah dan Tayangan Multimedia
 


 
 







Sesi Kolokium dan Pembentangan Peserta






 
 

No comments:

Post a Comment