Bengkel Sejarah Islam :10 Tonggak Melayu Bersendi Kitabullah
1. Nama program : Bengkel Sejarah Islam :10 Tonggak Melayu
Bersendi Kitabullah
2. Anjuran : Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Pertubuhan
Kemudi dan ULPL
3. Tarikh : 5 – 6 Mac 2014
4. Tempat : Bilik Seminar ULPL
5. Sinopsis program :
Alhamdulillah, pihak Jabatan
Pengajian Am, PIS memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT, serta
ucapan jazakallahu khairan kathiran kepada pihak Pertubuhan Kemudi kerana telah
berkongsi hasil kajian mereka terhadap akar sejarah bangsa Melayu dan Islam
yang telah mewarnai sejarah Tanah Melayu yang kesannya masih boleh dilihat
dalam kemajuan Malaysia hari ini.
Istimewanya program yang berlangsung
selama 2 hari ini adalah kerana format dan pengisian seumpamanya sangat jarang dibuat dalam persekitaran
akademik di mana-mana tempat juapun dalam tanah air kita, iaitu ikhtiar
menggabungkan elemen-elemen Melayu dengan Islam pada data dan tafsiran
khususnya melalui aspek-aspek sejarah bangsa kita, malah sekaligus menghimpunkan elemen-elemen
survivalisme Melayu Islam di zaman pasca modenisma yang sedang mulai melanda
umat manusia masakini.
Penceramah-penceramah KEMUDI iaitu (Tun)
Suzana (Tun) Hj Othman, Ustad Ahmad Shadan al-Hadrami serta Ustad Iqbal Zain
al-Jauhari telah membentangkan beberapa tajuk kertas kerja, iaitu:
1.
Mengupas Isu 'Asabiyah dan Perjuangan Melayu: Perspektif Islam
2.
Jalan Mengenal Melayu
3.
Intipati Ilmu Melayu
4.
Ahlul-Bait Rasulullah SAW dalam Institusi Umara@Raja-raja
Melayu.
5.
Tradisi Fahaman Akidah Ahlus SunnahWal Jamaah Dalam Sejarah
Nusantara
6.
Melayu & Kestabilan Dinamik
Kemudi juga menjemput sahabat dan wakil
mereka di Johor, iaitu Ustad Mohd Zaki Wahir bersama pembantunya saudara Asfaruszamri
Adam dari Pertubuhan NGO Pengamal Persilatan Dan Warisan Melayu Nusantara Johor
(PEWARISAN) serta Pemegang Amanah
Gelanggang Silat Melayu Keris Lok 9 (Johor) bagi mengadakan persembahan 'Rahsia
Keris dan Persilatan Melayu" yang berupaya membangkitkan kefahaman sebenar
serta semangat perjuangan Islam hakiki.
Selain pembentangan kertas kerja, pihak
Kemudi juga telah mengadakan beberapa slot kolokium dengan para peserta yang
terdiri dari pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan. Beberapa persembahan
multimedia yang diambil dari berbagai sumber yang relevan dengan tema program
ini telah menyemarakkan lagi suasana ilmiah selain menambahkan ilmu dan
kefahaman.
Adalah menjadi harapan kami bahawa objektif
Bengkel Sejarah Islam ini sedikit sebanyak membantu mengenalkan kembali
masyarakat kita kepada AKAR SEJARAH
BANGSA MELAYU, khususnya elemen-elemennya yang amat mesra Islam dalam usaha mengembalikan
keperibadian dan penjatian umat Melayu yang unggul, beradab dan berwibawa, dapat tercapai melalui program-program
seumpama ini.
|
Pengisian Slot Penceramah dan Tayangan Multimedia |
|
Sesi
Kolokium dan Pembentangan Peserta
|