PROGRAM PERMATA SAUDARAKU PERINGKAT NEGERI JOHOR 1433H
Salam sejahtera, pada tarikh 10-11 November 2012 (Sabtu & Ahad) bersamaan 25 – 26 Zulhijjah 1433H yang lalu telah diadakan program Permata Saudaraku Peringkat Negeri Johor 2012 di bawah anjuran usaha sama di antara JPA dengan Jabatan Agama Johor yang bertempat di Dewan Serbaguna, Dewan Kuliah Utama serta ULPL.
Program Permata Saudaraku ini adalah sebuah program yang khusus diadakan untuk golongan yang dilembutkan hatinya dengan Islam (muallaf) dan telah menerima sinar hidayah dari Yang Maha Esa yang telah berkorban meninggalkan agama asal mereka dan keluarga untuk berhijrah ke dalam agama yang suci ini.
Program ini bermula pada hari Sabtu (10 November 2012) dengan pendaftaran peserta yang terdiri daripada saudara baru dari seluruh daerah di Negeri Johor. Para peserta telah diberi taklimat berkenaan perjalanan program bagi melancarkan perjalanan program. Antara perujian yang di pertandingkan adalah perujian tilawah al-Qur’an, hafazan, syarahan, bercerita dan azan serta iqamah.
Pertandingan hafazan, azan serta iqamah diadakan di ULPL dan pertandingan syarahan serta bercerita diadakan di DKU
Barisan hakim pertandingan program Permata Saudaraku
Gambar Pemenang bagi Tilawah al-Qur'an kategori perempuan & lelaki (dimenangi oleh peserta cacat penglihatan)
Majlis Perasmian Penutup dan persembahan dikir zikir dari pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Kuanjung, Batu Pahat
Ucapan Aluan oleh Tn Hj Azizi, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Beliau juga memberi ucapan penghargaan kepada Dato’ Hj. Abd Razak, Pengarah JAJ serta mengalu-alukan kerjasama dan kolaborasi antara JAJ dan PIS. Kemudian, Majlis Perasmian Program Permata Saudaraku disempurnakan oleh Dato’ Hj. Abd Razak, Pengarah JAJ.
Manakala Majlis Perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan pada keesokan harinya iaitu hari Ahad (11 November 2012).
Terima kasih diucapkan kepada semua staf JPA dan PIS yang terlibat sama dalam menjayakan Program Permata Saudaraku Peringkat Johor 2012.
No comments:
Post a Comment