Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan program Kembara Bahasa 2012. Sebagai satu kegiatan simbolik untuk merakyatkan bahasa dan sastera, peserta Kembara Bahasa dari seluruh negara telah berkonvoi melalui laluan selatan, utara, timur, tengah serta di Sabah dan Sarawak.
Empat orang
pensyarah Jabatan Pengajian Am dari Politeknik Ibrahim Sultan, iaitu Noor Azeelia
Abdul Manan, Siti Faezah Ahmad Sazali, Mohd. Rafiq Mujilan
dan Yeow Chee Kheong merupakan antara lebih kurang lapan ratus orang peserta
yang terpilih untuk mengikuti kegiatan ini. Sewaktu berkonvoi, peserta program
turut singgah di beberapa stesen untuk menjalankan beberapa kegiatan yang melibatkan
masyarakat setempat seperti pantau tegur bahasa di tempat
awam, tinjauan keindahan bahasa sepanjang perjalanan, baca puisi, dialog bahasa dan sastera,
ceramah patriotism oleh Biro Tatanegara dan riadah bersama-sama dengan masyarakat
setempat. Pelepasan konvoi dilaksanakan di setiap negeri oleh pembesar negeri.
Kemuncak Kembara
Bahasa berlangsung pada 24 November 2012 malam dengan himpunan para peserta kembara
daripada pelbagai golongan kerjaya, usia dan keturunan dalam Majlis Teguh Bahasa
yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B. Dr. Mohd Puad Zarkashi.
Perhimpunan ini turut disertai oleh peserta kembara dari negara Singapura. Dalam
perhimpunan ini, para peserta telah melafazkan ikrar mereka untuk memperjuangkan
bahasa dan sastera kebangsaan. Kegiatan tahunan yang julung-julung digerakkan
pada tahun 2000 sebagai salah satu pengisian Bulan Bahasa dan Sastera Negara
(BBSN) bertahan sehingga 2005. Mulai tahun ini, program itu diberi nafas baru untuk
mengisi Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).
Konvoi Kembara Bahasa |
Konvoi Kembara Bahasa |
No comments:
Post a Comment