Bengkel Perancangan Pembagunan JPA

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Tak sampai sebulan lagi, tahun baru 2013 akan muncul dan 2012 bakal meninggalkan kita. Sebelum tiba tahun baru, Jabatan Pengajian Am mengadakan satu Bengkel Perancangan Pembagunan JPA. Bengkel ini telah diadakan pada 11 Disember 2012, bertempat di ULPL. Bengkel ini adalah sesi pembentangan taqwim JPA serta perancangan program yang akan dilaksanakan pada tahun depan. Setiap devisi telah membentangkan perancangan dan program masing-masing beserta dengan belanjawan yang diperlukan. Dengan adanya bengkel ini, perancangan jabatan lebih terancang dan sistematik. Harapan agar semua aktiviti yag dirancang dapat berjalan dengan lancar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.


 

 
 



Staf memberi perhatian kepada taklimat dan pembentangan yang diberi.
 
 
 
Ceria...bengkel dalam keadaan relax dan tenang...
tanpa tekanan. 
 
 
 
 



 
 

Sesi pembentagan daripada setiap devisi. Gelagat pembentang kadangn-kadang memeriahkan suasana bengkel.

Majalah Generasi Intelek


Majalah Generasi Intelek JPA

 
Majalah Generasi Intelek atau dikenali sebagai Gen Intelek bilangan 1 yang bertemakan wadah penjana minda telah berjaya dicetak dan dikeluarkan pada 22 Oktober 2012 yang lalu. Majalah keluaran pertama ini ini mengandungi 3 bahagian iaitu Minda Pengarah, Akademia dan Cetusan Minda.
 
Harapan JPA agar semua pensyarah dapat bersama-sama melibatkan diri dalam penulisan di dalam majalah ini yang berkonsepkan ke arah akademik serta kajian yang lebih ilmiah.
 
 

 

Majlis Perpisahan JPA



Majlis Perpisahan JPA


Salam sejahtera, dimaklumkan pada tarikh 21 November 2012 (Rabu) telah diadakan majlis perpisahan sempena perpindahan dua orang staf JPA dari Unit Pendidikan Islam & Moral iaitu Puan Nur Idayu bt Awang Teh yang akan berpindah ke Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang dan Cik Roslina bt Mohd Noor yang akan berpindah ke Kolej Komuniti Jeli, Kelantan.
 
 
Penyampaian Hadiah kepada Puan Nur Idayu & Cik Roslina
 
 
Didoakan agar mereka berjaya dan melakukan yang terbaik di tempat kerja yang baru dan semoga pengalaman selama berada di JPA, Politeknik Ibrahim Sultan menjadi kenangan manis bersama. Sayonara.....

Konvoi Kembara Bahasa DBP



           Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan program Kembara Bahasa 2012. Sebagai  satu kegiatan simbolik untuk merakyatkan bahasa dan sastera, peserta Kembara Bahasa dari seluruh negara telah berkonvoi melalui laluan selatan, utara, timur, tengah serta di Sabah dan Sarawak.

Empat orang pensyarah Jabatan Pengajian Am dari Politeknik Ibrahim Sultan, iaitu Noor Azeelia Abdul Manan, Siti Faezah Ahmad Sazali, Mohd. Rafiq Mujilan dan Yeow Chee Kheong merupakan antara lebih kurang lapan ratus orang peserta yang terpilih untuk mengikuti kegiatan ini. Sewaktu berkonvoi, peserta program turut singgah di beberapa stesen untuk menjalankan beberapa kegiatan yang melibatkan masyarakat setempat seperti pantau tegur bahasa di tempat awam, tinjauan keindahan bahasa sepanjang perjalanan, baca puisi, dialog bahasa dan sastera, ceramah patriotism oleh Biro Tatanegara dan riadah bersama-sama dengan masyarakat setempat. Pelepasan konvoi dilaksanakan di setiap negeri oleh pembesar negeri.

Kemuncak Kembara Bahasa berlangsung pada 24 November 2012 malam dengan himpunan para peserta kembara daripada pelbagai golongan kerjaya, usia dan keturunan dalam Majlis Teguh Bahasa yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B. Dr. Mohd Puad Zarkashi. Perhimpunan ini turut disertai oleh peserta kembara dari negara Singapura. Dalam perhimpunan ini, para peserta telah melafazkan ikrar mereka untuk memperjuangkan bahasa dan sastera kebangsaan. Kegiatan tahunan yang julung-julung digerakkan pada tahun 2000 sebagai salah satu pengisian Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) bertahan sehingga 2005. Mulai tahun ini, program itu diberi nafas baru untuk mengisi Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).


Konvoi Kembara Bahasa


Konvoi Kembara Bahasa

Program Permata Saudaraku

 
PROGRAM PERMATA SAUDARAKU PERINGKAT NEGERI JOHOR 1433H
 
 
Salam sejahtera, pada tarikh 10-11 November 2012 (Sabtu & Ahad) bersamaan 25 – 26 Zulhijjah 1433H  yang lalu telah diadakan program Permata Saudaraku Peringkat Negeri Johor 2012 di bawah anjuran usaha sama di antara JPA dengan Jabatan Agama Johor yang bertempat di Dewan Serbaguna, Dewan Kuliah Utama serta ULPL.

Program Permata Saudaraku ini adalah sebuah program yang khusus diadakan untuk golongan yang dilembutkan hatinya dengan Islam (muallaf) dan telah menerima sinar hidayah dari Yang Maha Esa yang telah berkorban meninggalkan agama asal mereka dan keluarga untuk berhijrah ke dalam agama yang suci ini.


Program ini bermula pada hari Sabtu (10 November 2012) dengan pendaftaran peserta yang terdiri daripada saudara baru dari seluruh daerah di Negeri Johor. Para peserta telah diberi taklimat berkenaan perjalanan program bagi melancarkan perjalanan program. Antara perujian yang di pertandingkan adalah perujian tilawah al-Qur’an, hafazan, syarahan, bercerita dan azan serta iqamah.
 
 Pertandingan hafazan, azan serta iqamah diadakan di ULPL dan pertandingan syarahan serta bercerita diadakan di DKU
 
Barisan hakim pertandingan program Permata Saudaraku
 
 
Gambar Pemenang bagi Tilawah al-Qur'an kategori perempuan & lelaki (dimenangi oleh peserta cacat penglihatan)
 
Majlis Perasmian Penutup dan persembahan dikir zikir dari pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Kuanjung, Batu Pahat
 
Ucapan Aluan oleh Tn Hj Azizi, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Beliau juga memberi ucapan penghargaan kepada Dato’ Hj. Abd Razak, Pengarah JAJ serta mengalu-alukan kerjasama dan kolaborasi antara JAJ dan PIS. Kemudian, Majlis Perasmian Program Permata Saudaraku disempurnakan oleh Dato’ Hj. Abd Razak, Pengarah JAJ.
 
 
 
Manakala Majlis Perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan pada keesokan harinya iaitu hari Ahad (11 November 2012).
 
Terima kasih diucapkan kepada semua staf JPA dan PIS yang terlibat sama dalam menjayakan Program Permata Saudaraku Peringkat Johor 2012.

PIS ‘CHALLENGE WITH NEWSPAPERS’ WITH THE SCHOOLS


CHALLENGE WITH NEWSPAPERS 2012
AT SMK KOTA MASAI 2







CHALLENGE WITH NEWSPAPERS 2012  
 SMK BANDAR SERI ALAM



 
 


‘CHALLENGE WITH NEWSPAPERS’ programme was carried out in two schools, namely Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam (Satellite School) and Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai 2 simultaneously on 24 October 2012. This programme incorporated students’ assessments, with the creation of original fun learning activities with community service. Twenty-five semester three students who were the facilitators, carried out the programme for about a hundred students in each school. The New Straits Times Press (KL) provided the newspapers to be used for the programme.

The objectives of this programme were to provide a platform to raise the participants’ confidence level and to instill the neighbourhood spirit and bridge the gap between polytechnic and the community in Pasir Gudang.In SMK Bandar Seri Alam, Ms. Parahsakthi Chidambaram gave a speech on behalf of the Language Unit, followed by the Principal Tn. Hj. Yahaya b. Suip and Pn. Hjh. Fatimah bt. Ahmad, Pasir Gudang District Education Officer who declared the event open.

In SMK Kota Masai 2, Ms. Yang Wan Ling gave a speech followed by the Deputy Administrative Officer Pn. Norhayati Abd. Kadir who declared the event open.

The facilitators expanded their knowledge and gained experience while carrying out the activities well. The participants were active and enjoyed themselves. They found the activities fun and interesting. The winners were delighted to receive hampers (which were provided by the schools) as prizes and souvenirs were provided by the Language Unit, Politeknik Ibrahim Sultan.

Overall, the programme “Challenge With newswpapers” was a success and it is hoped that the PIS students will find English fun and improve their English language skills and develop leadership skills too, as it will help them and the community in future.


Mesyuarat Sekolah Satelit



Mesyuarat Sekolah Satelit

Jabatan Pengajian Am Politeknik Ibrahim Sultan telah menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam sebagai sekolah satelit bagi JPA.  Antara langkah awal bagi program sekolah satelit ini, pihak JPA telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan sekolah tersebut pada 15 Oktober 2012(Isnin).  Program di sekolah tersebut akan dibahagikan kepada 2 bahagian, yang mana unit bahasa akan mengadakan 2 program pada tahun hadapan iaitu Communicative Activities ( role play/ sketches ) serta NIE ( Newspaper In Education ).

Manakala bagi unit agama terdapat 2 program yang akan dilaksanakan iaitu program pengurusan jenazah & program penyembelihan pada tahun hadapan.



Perbincangan JPA dengan SMK Bandar Seri Alam

NIE Workshop 2012



BENGKEL FASILITATOR NIE




On 10 October 2012, 56 PIS students attended a workshop conducted by Matishwar Kaur A/P Sewa Singh, a trainer from the New Straits Times. The workshop was beneficial for these students because some of them would carry out their designed newspaper activities at SMK Bandar Seri Alam and SMK Kota Masai 2 to be held simultaneously on 24 October 2012. In future, we hope that more beneficial workshops for students would be arranged so that they will gain invaluable learning experiences from these workshops.

Program Gotong-Royong Perdana 5s


PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 5S

 
Pada 4 Oktober 2012 yang lalu telah diadakan program gotong-royong perdana 5s diperingkat politeknik yang melibatkan seluruh jabatan dan unit di PIS. Program ini merupakan langkah pertama dalam persediaan audit MPC pada tahun hadapan.

Logo 5s Politeknik Ibrahim Sultan
 
 
Persiapan & persediaan sebelum Gotong-Royong Perdana 5s
 
 
 
Semua staf JPA sedang bergotong-royong
 
 
Gambaran sebelum & selepas 5s
 
 
Gambaran sebelum & selepas 5s
 
Semoga kita dapat mengekalkan 5s dalam kehidupan seharian kita dan mendapat sijil MPC pada tahun hadapan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 


Bengkel Pengurusan Jenazah AA201


BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH AA201


Salam sejahtera, pada 29 September 2012 (Sabtu) dan 6 Oktober 2012(Sabtu) telah diadakan bengkel pengurusan jenazah yang melibatkan pelajar semester 2 yang mengambil subjek Pendidikan Islam 2 (AA201). Bengkel ini dibawah kelolaan pensyarah yang mengajar subjek AA201.



Pelajar lelaki sedang menguruskan jenazah
 

Pensyarah menunjukkan tatacara penyediaan kain kafan


Pelajar perempuan mengkafan serta menyembahyangkan jenazah
 

Program Merdeka Raya



Program Merdeka Raya

 
Salam sejahtera, pada 14 September 2012 telah diadakan program Merdeka Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka yang lepas.  Dimaklumkan JPA telah memenangi "Jabatan Paling Sporting".
 
 
Staf JPA bersama-sama meraikan sambutan Merdeka Raya
 

Ruang JPA bagi pertandingan Merdeka Raya
 
 
Terima kasih diucapkan kepada semua staf JPA yang telah bekerjasama dalam menyiapkan booth JPA bagi pertandingan Merdeka Raya dan telah menjadikan JPA pemenang bagi Jabatan Paling Sporting.
 

Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran 1433H

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Setiap kali tiba bulan Ramadhan, umat Islam tidak lepaskan peluang untuk khatam al-Quran. Apatah lagi pahalanya dilipat gandakan oleh Allah Taala. Oleh itu, Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama PUSPANITA PIS bergabung tenaga untuk mengadakan Majlis Tadarus & Khatam al-Quran.
 
Program Tadarus al-Qurqn berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dan kemuncaknya diadakan satu Majlis Khatam al-Quran pada 15 Ogos 2012 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1433H di Dewan Kuliah Utama PIS.  Majlis ini diadakan bagi meraikan peserta khatam al-Quran lebih kurang seramai 75 staf dan pensyarah PIS. Di samping itu, majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah di kalangan staf beragama Islam di PIS. Di akhir majlis, setiap peserta diberi sedikit cenderahati dan juadah berbuka puasa.
 

Tadarus al-Quran diadakan pada setiap minggu di Masjid PIS
 
 
 
Majlis Khatam al-Quran diadakan di Dewan Kuliah Utama, PIS.
 
 


BENGKEL BINA SOALAN

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tanggal 12 dan 13 Julai 2012, JPA mengadakan satu bengkel Pembinaan Soalan. Bengkel ini diadakan sebelum semester bermula. Tujuannya adalah untuk memudahkan para pensyrah berkumpul mengikut kursus masing-masing dan bekerjasama membina soalan. Pembinaan soalan adalah merangkumi soalan kuiz dan ujian. Secara tidak langsung bengkel ini memudahkan koordinator kursus untuk membuat ururusan seterusnya seperti mereso soalan.
 
Kursus ini diadakan selama dua hari dan bertempat di Perpustakaan. Semua pensyarah berkampung selama dua hari di sana untuk menyiapkan soalan yang telah diagihkan oleh koordinator masing-masing. Alhamdulillah, ia adalah satu usaha yang baik dan boleh diteruskan untuk semester akan datang.
 
 

Pensyrah unit Bahasa berbincang.



Perbincangan yang rancak dalam kumpulan masing-masing
 
 


Bekerja dalm kumpulan...yang sudah menjadi senang


Keceriaan di wajah para pensyarah. Maklumla satu kerja telah selesai...
 
 


Kursus Pentadbiran & Pengurusan Kewangan Islam

Salam dan Selamat Sejahtera. Pada 19 dan 20 Jun 2012, ULPL, PIS telah mengadakan satu kursus Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan untuk Staf JPA. Keutamaan kursus ini adalah untuk staf Pendidkan Islam, namun kekosangan yang ada dibuka kepada staf JPA dari Kursus Bahasa. Fokus yang utama di dalam kursus ini adalah lebih kepada pengurusan harta pusaka. Ilmu yang diperolehi semasa kursus ini sangat berguna terutama kepada pensyarah yang mengajar kursus AA201 yang mengandungi tajuk faraid (pembahagian harta pusaka). Alhamdulillah, kursus selama 2 hari dapat memantapka lagi ilmu tentang pengiraan harta pusaka. Penceramah adalah daripada Majlis Agama Islam Johor.


Penceramah pada hari pertama


Peserta khusyuk mendengar penerangan daripada penceramah.


Penceramah pada hari kedua. Fokus kepada pengiraan harta pusaka.


Perhatian daripada peserta.


Peserta membuat latihan pengiraan faraid.


Peserta mengira jawapan pada papan putih.


Cendehati kepada penceramah.


Perjumpaan Staf anjuran JPA

Salam dan selamat sejahtera. Kini tiba giliran JPA menjadi tuan rumah bagi perjumpaan staf PIS. Perjumpaan ini telah diadakan pada 15 Jun 2012, bertempat di Dewan Besar PIS. Perjumpaan bermula pada pukul 8 pagi. Oleh kerana agenda yang agak banyak pada hari tersebut, maka perjumpaan dilanjutkan hingga jam 9.30 pagi. Ini tidaklah menjadi masalah kerana pensyarah belum sibuk dengan kuliah. Walaupun persiapan serba ringkas diadakan dua minggu sebelum perjumpaan, namun ia sangat meriah. Persembahan montaj dari AJK sangat menarik dan berjaya memukau staf.

 
 
Staf AJK kenalah datang awal pagi untuk menjaga kaunter pendaftaran.
Pn Farahdiba merangkap KJ JPA, antara yang terawal menandatangani kehadiran.
Sempat lagi staf JPA 'posing' sebelum majlis bermula.


 Staf dari jabatan-jabatan lain mula membanjiri dewan.
Beratur...beratur....jangan potong barisan.


 



 Ketibaan ketua-ketua dan Pengarah PIS.
Tuan Pengarah melanggah dengan gagah menuju ke pentas diiringi semua KJ dan KU.



 Ni dia pengerusi JPA yang tetap dan mantop...Ustaz Khairul Nizam. 
Emmm...nasib baik pengerusi boleh menyanyi lagu Bangsa Johor untuk menyelamatkan keadaan...
Ustaz Hamdi sebagai pembaca doa.
Ustaz Yusri dengan lantangnya membaca ikrar.



 
Wajah-wajah warga PIS yang bersemangat dan bersungguh2 memberi sepenuh perhatian.
 


Tuan Pengarah PIS menyampaikan amanat dengan yakin.
Kemudian sedikit taklimat OBE.
Seterusnya laporan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Kemboja 2012 pada 8-11 Mei 2012.
Wah...begitu tekun staf JPA ni memberi tumpuan.

 

 Di akhir pejumpaan, sedikit majlis penyampain hadiah dan cendahati kepada staf cemerlang bulan Mei.
Serta Anugerah Kualiti bagi jabatan dan unit yang menang.
Anugarah diperolehi oleh JKM dan Unit Kaunseling.
TAHNIAH...