Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif Horizon Baharu (KIKHB 2020) Peringkat Kebangsaan Politeknik & Kolej Komuniti 2020

 Tarikh : 27.10.2020 (Selasa)

Tempat : Secara Dalam Talian Microsoft Teams.


Pertandingan KIK HB peringkat kebangsaan Politeknik dan Kolej Komuniti yang telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Kepala Batas telah dijalankan pada 26 sehingga 28 Oktober 2020. Majlis pembukaan dan penutup serta pertandingan telah dilaksanakan secara dalam talian melalui Microsoft Teams dan FB Live.

Pembentangan Kumpulan KIK JPA PIS adalah pada 27.10.2020 dengan tajuk projek iaitu e-Risk Management (Pengurusan Risiko) dan telah berjaya merangkul pingat Perak. Tahniah diucapkan kepada kumpulan KIK JPA atas anugerah yang diperolehi dan semoga kejayaan ini menjadi galakkan kepada pensyarah lain untuk menyertai petandingan KIK pada masa akan datang. Tidak lupa juga segulung tahniah diucapkan kepada Penasihat KIK (En Hashim Bin Mat Zin) dan Fasilitator KIK jabatan (En Ahmad Haffizu Bin Abdullah) yang telah memberi semangat kepada Ahli Kumpulan KIK e-Risk Management.


Tahniah diucapkan kepada :

Norhidayah Binti Md Saleh

Mohammad Hamdan Bin Abdul Ghani

Ummul Hafizah Binti Ali

Hajaratul Adhwa Binti Ahmad Kuthi

Nora Binti Sahari

Muhammad Alhafiz Bin Amat Esa

Tarishini A/P Visvalingam

Adilah Hafizah Binti Abd Halim







No comments:

Post a Comment