LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
ASPIRASI KESENIAN ISLAM 3.0 2020
PERKARA |
BUTIRAN |
||||||||||||||||||
Pelaksana |
Jawatankuasa Aspirasi Kesenian Islam 3.0 Politeknik
Ibrahim Sultan (PIS) |
||||||||||||||||||
Tarikh |
21 Oktober 2020 |
||||||||||||||||||
Hari |
Rabu |
||||||||||||||||||
Masa |
9.00 pagi
– 4.30 petang |
||||||||||||||||||
Tempat |
·
Sesi penjurian Pertandingan Video Kreatif: -
Secara dalam talian di lokasi masing-masing. ·
Majlis Perasmian Penutup: -
TECC 1 (JPA) |
||||||||||||||||||
Peringkat |
Politeknik |
||||||||||||||||||
Kumpulan Sasaran |
Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan |
||||||||||||||||||
Kejayaan/Pencapaian |
Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu:
Pemenang daripada setiap kategori menerima hadiah berupa wang tunai
yang dipindahkan terus ke akaun penerima.
Nilai hadiah:
|
||||||||||||||||||
Ringkasan Perjalanan Program |
Program Aspirasi Kesenian Islam 3.0 ini
adalah rentetan atau sambungan daripada kejayaan penganjurannya buat pertama kali
diadakan pada September 2018 yang lalu. Bezanya penganjuran
program kali ini hanya melibatkan satu pertandingan sahaja iaitu pertandingan
Video Kreatif yang bertemakan nilai-nilai baik dalam masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada berbilang bangsa. Ia
dicadangkan dalam mesyuarat jawatankuasa penganjurannya berikutan daripada
masalah Covid 19 yang melanda negara ketika ini. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar
Politeknik Ibrahim Sultan. Ia
dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
Pertandingan ini dijalankan
secara dalam talian dan telahpun berjaya mencapai objektif program. TENTATIF PROGRAM
TENTATIF PERJALANAN
PROGRAM RABU ( 21 Oktober 2020 ) 8.00 - 9.00
pagi : Sarapan 9.00 - 12.30 tengahari : Sesi penjurian Pertandingan Video
Kreatif 02.00 – 04.30 petang : Majlis Penutup - Ketibaan VIP - Bacaan Doa - Ucapan Ketua Jabatan Pengajian Am - Ucapan perasmian oleh Pengarah
Politeknik Ibrahim Sultan melalui
rakaman/tayangan video ( Hjh Rashidah binti
Mustapa ) - Ulasan Ketua juri
secara online - Tayangan
Montaj - Pengumuman
pemenang - Sesi
bergambar dan bersurai Sebanyak 15 video
kreatif daripada setiap unit telah dipilih untuk dipertandingkan di peringkat
akhir pada 21hb Oktober 2020 setelah ditapis oleh panel dalaman dan panel jemputan. Panel penilai bagi pertandingan ini
terdiri daripada (4) orang iaitu Encik Ahmad Amirul Hafiz bin Mohd Nor selaku
ketua juri, Puan Fazilah binti Abdullah, pensyarah Kolej Vokasional (ERT)
Azizah. Mereka adalah juri jemputan
daripada luar. Manakala dua orang juri
lagi merupakan juri daripada PIS sendiri iaitu Puan Nor Afizah binti Jalil,
Pegawai Multimedia dan Sumber Politeknik Ibrahim Sultan dan Encik Rowland
Anak Arah, Ketua Unit Perpustakaan Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis perasmian penutup telah berlangsung di sebelah petang dan ia disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Ibrahim
Sultan iaitu Puan Hajah Rashidah binti Mustapa melalui rakaman dan tayangan
video. Senarai pemenang turut diumumkan dalam majlis
perasmian penutup ini. Program
ini diakhiri dengan sesi fotografi pada jam 4.30 petang. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan
pada masa akan datang sebagai satu bentuk pendedahan kepada para pelajar
untuk sentiasa berdaya saing dan bersedia dalam mendepani cabaran dunia
pendidikan yang sentiasa berubah. |
||||||||||||||||||
Objektif Program : |
1.
Meningkatkan kreativiti dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui hubung kait antara
teori dan praktikal. 2.
Memupuk dan meningkatkan
kefahaman kesenian Islam serta hubungkaitnya dengan budaya kreativiti /
inovasi dalam kehidupan seharian.. 3.
Melahirkan pelajar dan
warga Politeknik Ibrahim Sultan yang
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi melalui aktiviti kesenian dan
inovasi. 4. Membentuk budaya masyarakat berilmu dan
berfikiran aras tinggi. 5. Memupuk kerjasama dua hala antara
politeknik, masyarakat dan pihak industri demi manfaat bersama. |
||||||||||||||||||
Strategi Pelaksanaan |
|
||||||||||||||||||
Masalah/kekangan yang dihadapi |
Tiada |
||||||||||||||||||
Alatan Bantu |
Komputer Riba & LCD |
||||||||||||||||||
Kos |
Pendapatan : RM 5465.00 Perbelanjaan :RM 1650.00 Sumber : Yuran Penyertaan (RM100 X 1
penyertaan) Laporan kewangan seperti dilampiran 1 |
||||||||||||||||||
Impak Program |
Kepada
pelajar: 1.
Proses
pembelajaran kursus MPU23052 - Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam
Islam, DUA 23072- Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam, MPU 23082 - Seni
Dalam Islam, DUA 6022- Komunikas dan
Penyiaran Dalam Islam DUB 1012 – Pengajian Malaysia, MPU23043 – Nilai-Nilai
Masyarakat Malaysia, DUE10012 – Communication English 1, DUE30022 –
Communication English 2 dan MPU4013 – English for Digital Technology lebih
mudah difahami. 2. Meningkatkan tahap
kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan dalam bidang kesenian dan
teknologi dalam kalangan pelajar. 3.
Memberi ruang serta peluang kepada para pelajar berkarya @ berinovasi
bagi meningkatkan keyakinan serta penampilan diri. 4. Menerapkan
tahap keyakinan diri para pelajar dalam mengendalikan acara. Kepada staf/pensyarah : 1. Menaikkan imej
dan nama baik pensyarah Politeknik Malaysia, khususnya
Politeknik Ibrahim Sultan. 2. Mewujudkan
budaya kerjasama antara staf Politeknik Ibrahim Sultan dan pihak
luar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kepada Politeknik : 1. Menaikkan imej dan nama baik Politeknik
Malaysia, khususnya Politeknik Ibrahim Sultan. 2. Membantu politeknik
menghasilkan warga kerja yang kompeten dan berdaya
saing tinggi dalam aspek kreativiti/inovasi. 3. Mewujudkan budaya kerjasama antara
Politeknik Ibrahim Sultan dengan pihak luar yang terlibat dalam
menjayakan program ini. |
||||||||||||||||||
Dokumentasi |
Gambar program adalah seperti di lampiran 2 |
||||||||||||||||||
Senarai nama peserta |
Lampiran 3 |
No comments:
Post a Comment