LAPORAN KURSUS SCORM
(VIDEO & iSPRING) DAN CIDOS JPA
Disediakan
oleh:
Mimi
Aineen Binti Abu Mansor
Tarikh : 13 – 16 Jun 2016
Hari : Isnin – Khamis
Tempat : Makmal
e-Pembelajaran, CdEC
Cik Mimi Aineen Binti Abu Mansor selaku
jawatankuasa e-learning PIS memulakan kursus dengan slot taklimat kursus,
objektif kursus, taklimat BLDT & BLFR dan taklimat SCORM. Semua pensyarah
didedahkan dengan kepentingan menghadiri kursus ini sebagai satu usaha
melengkapkan diri dalam kepelbagaian kemahiran terutamanya ke arah penyediaan
item e-learning.
Slot kursus dimulakan dengan
informasi berkenaan tentatif kursus, pengisian dan persediaan bahan kursus, dan
pembahagian kumpulan peserta kursus. Ianya diteruskan dengan informasi terbaru
berkaitan e-pembelajaran. Cik Mimi Aineen meneruskan pengisian kursus dengan informasi
dan pendedahan berkenaan BLDT (Blended
Learning Distribution Table) dan BLFR (Blended
Learning Fulfillment Record) dan kepentingan bahan pengajaran berbentuk SCORM
(Sharable Content Object Reference Model)
sebagai salah satu e-content wajib dalam
platform CIDOS.
Slot seterusnya diambilalih oleh
penceramah En. Ungku Mahadzir bin Ungku Zainal Abidin untuk sesi seterusnya
berkaitan slot video iaitu Pra Produksi Video. Slot ini berkaitan pengenalan
video dan cara kendali dan penggunaan video. Slot dan hari seterusnya diteruskan
dengan pembikinan video dan editing video dan peserta diberi tutorial berkaitan
penggunaan software iSpring.
Setelah para peserta berjaya
menghasilkan bahan pengajaran beserta video berbentuk iSpring peserta diberi
kursus bagaimana untuk menggunakan SCORM package
bagi dimuatkan di dalam e-learning
CIDOS. Selain pembentangan hasil bahan kursus peserta, Cik Mimi Aineen Binti
Abu Mansor menamatkan hari terakhir dengan kursus BLDT dan BLFR kepada peserta
secara satu persatu.
Hasil dari kursus ini, para peserta
telah memahami dan mengetahui tentang BLDT dan mampu menyediakan BLFR sendiri
kelak. Di samping itu, para perserta telah dan dapat menggunakan bahan kursus serta
dimuatkan terus di dalam CIDOS masing-masing. Justeru CIDOS content berbentuk SCORM telah berjaya
dilaksanakan dan membantu peserta memperolehi status “thumbsup” untuk semester
Jun 2016. Malahan peserta telah bertukar-tukar bahan antara satu sama lain.