LAPORAN PEMBUDAYAAN AL-QURAN
”DAURAH FIQH PUASA”
12 MEI 2016
Disediakan Oleh :
Mohd Khairul Naim bin Sameri
Tarikh :
12 Mei 2016
Tempat :
Dewan Kuliah Utama (DKU)
Politeknik Ibrahim Sultan
PENDAHULUAN
Pada 12 Mei 2016 Unit
Agama Jabatan Pengajian Am Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Masjid
Politeknik Ibrahim Sultan telah melancarkan satu program kerohanian yang diberi
nama Program Pembudayaan Al Quran ”Daurah
Kitab Fiqh Puasa” Terjemahan dari Kitab Fathul Qarib Al Mujib, dalam kalangan
Staf dan Pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti Politeknik
Ibrahim Sultan. Program ini
berlangsung selama sehari ,bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi bertempat
di Dewan Kuliah Utama (DKU) Politeknik Ibrahim Sultan. Program pada kali ini
telah menampilkan penceramah undangan Al
fadhil Ustaz Mohd Anuar Fitri bin Jusoh, Mudir Madrasatul Quran Al Hikmah
Kampung Assam Jawa Kuala Selangor , Selangor Darul
Ehsan yang mahir dalam permasalahan puasa khususnya dalam mazhab syafie.
MATLAMAT
DAN OBJEKTIF
Program Pembudayaan Al-Quran ini merupakan aktiviti berkala yang
dijalankan sebanyak dua minggu sekali pada setiap bulan bermula bulan Januari
2015. Pengisian Program
Pembudayaan Al quran pada kali ini lebih cenderung mengaitkan Al quran dan hukum-hukum fiqah yang menjurus
kepada perbahasan puasa. Dalil-dalil Al quran yang berkaitan puasa dibahaskan
dan permasalahan hukum-hukum puasa dikongsikan semasa sesi ceramah. Matlamat
dari program ini adalah untuk menerangkan pensyariatan puasa berdasarkan dari
sumber Al Quran dan penyelesaian permasalahan puasa seperti puasa ganti ,
bayaran fidyah, kelewatan mengantikan puasa, kadar bayaran fidhiah dan
sebagainya.
PENGISIAN
Program Pembudayaan Al Quran ini adalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan dikalangan staff dan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan
dengan ayat Al Quran dan perbahasan
mengenai fiqh puasa, seperti rukun-rukun puasa, perkara-perkara yang
membatalkan puasa, amalan-amalan sunat , hari yang dilarang untuk berpuasa,pengGantian
puasa bagi si mati oleh waris dan sebagainya. Secara keseluruhannya, program
ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.Penyertaan oleh pelajar Pelajar
Ijazah Sarjana Muda dari Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti Politeknik Ibrahim
Sultan seramai 29 orang dan 50 Orang dari kalangan Staf Politeknik Ibrahim
Sultan.
Sesi soal jawab bermula jam 10.00 pagi, berakhir jam 10.40 pagi, Pelbagai
permaslahan puasa diajukan kepada penceramah dan dijawab dengan jayanya.Pihak
penganjur khususnya Unit Agama, Jabatan Pengajian Am dan Masjid Politeknik
Ibrahim Sultan mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dari semua jabatan
yang terlibat dalam menjayakan program pembudayaan Al Quran Daurah Kitab Fiqh
Puasa pada kali ini, dan mengharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan
lagi pada masa akan datang.
BIODATA
PENCERAMAH
NAMA
: USTAZ MOHD ANUAR FITRI BIN
JUSOH
JAWATAN: MUDIR MADRASATUL AL QURAN AL HIKMAH
MASJID KAMPUNG ASSAM JAWA BUKIT
ROTAN
SELANGOR DARUL EHSAN
KELULUSAN
: IJAZAH
SARJANA MUDA SYARIAH ISLAMIAH
UNIVERSITI AL AZHAR MESIR
UMUR :30 TAHUN
STATUS :BERKHAWIN
JAWATANKUASA
INDUK
PENAUNG
:
PN.
RASHIDAH BINTI MUSTAPA
Pengarah
Politeknik Ibrahim Sultan
EN ABD
RAZAK BIN SENAN
Timbalan Pengarah (Akademik)
Politeknik Ibrahim Sultan
EN
NOOR AZMI BIN HJ ASMAWI
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)
Politeknik Ibrahim Sultan
PENASIHAT
PN WAN
ZAKIAH BT WAN YUNUS
Ketua Kursus Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ibrahim Sultan
JAWATANKUASA
PELAKSANA
PENGARAH PROGRAM : EN. MOHD KHAIRUL NAIM BIN SAMERI
SETIAUSAHA : CIK MIMI AINEEN BINTI ABU
MANSOR
BENDAHARI : PN. NORFARAHI BINTI ZULKIFLI
DIVISI PROMOSI : PN.
UMMUL HAFIZAH BINTI ALI
DIVISI JEMPUTAN : PN. DINA BINTI ABDUL KHALIK
DIVISI PERSIAPAN : EN. MOHAMMAD HAMDAN BIN ABDUL GHANI
TEMPAT & TEKNIKAL
DIVISI CENDERAHATI : PN. ZANARITA BINTI ABDUL
MALEK
TENTATIF
PROGRAM
8.00am :
Pendaftran peserta di Dewan Kuliah Utama (DKU),
Ibrahim Sultan Politeknik
8.15am : Ceramah
10.15pm : Majlis Bersurai