PEMBUDAYAAN AL-QURAN SEMEPENA HARI MAULIDURRASUL ”SEANDAINYA RASULULLAH MASIH BERSAMA”

LAPORAN PEMBUDAYAAN AL-QURAN  
SEMEPENA HARI MAULIDURRASUL
”SEANDAINYA RASULULLAH MASIH BERSAMA”
2015

Oleh :

Mohd Khairul Naim bin Sameri



Tarikh :    31 Disember 2015

Tempat :  Dewan Kuliah Utama  (DKU) Politeknik Ibrahim Sultan

PENDAHULUAN

Pada 31 Disember 2015 Unit Agama Jabatan Pengajian Am Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Masjid Politeknik Ibrahim Sultan telah melancarkan satu program kerohanian yang diberi nama Program pembudayaan Al Quran  sempena Maulidurrasul yang bertajuk ”seandainya Rasulullah masih ada ”, dikalangan Staff dan Pelajar semester satu Politeknik Ibrahim Sultan.Program ini berlangsung selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) Politeknik Ibrahim Sultan.Program pada kali ini telah memaparkan  penceramah undangan Alfadhil Ustaz Muhammad Hariz bin Ismail  pensyarah Universiti Teknologi Mara (UITM) Pasir Gudang yang mahir dengan Al Quran dan kisah-kisah Rasululah S.A.W.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Program Pembudayaan Al-Quran ini merupakan aktiviti berkala yang dijalankan sebanyak dua minggu pada setiap bulan bermula bulan Disember ini. Pengisian Program Pembudayaan Al quran pada kali ini lebih cenderung mengaitkan kisah Rasulullah dengan penghayatan Al Quran .Penceramah membawa kisah Rasulullah sebagai contoh terbaik dalam mentadabur Al Quran dan mengamalkannya serta mengaitkan dengan motivasi untuk pendengar menjaga bacaan dan mempelajarinya.Matlamat dari program ini untuk berkongsi tips-tips  penghayatan Al Quran serta menjadikan Rasulullah sebagai contoh yang utama .

PENGISIAN
Program pembudayaan Al Quran ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dikalangan staff dan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan serta  membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ayat Al Quran disamping berkongsi kisah Rasulullah sebagai contoh ikutan yang sesuai diamalkan sepanjang zaman.Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Majlis penyerahan cenderahati disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Politeknik Ibrahim Sultan Tn.Syed Abd Kadir kepada penceramah .Pihak penganjur khususnya Unit Agama, Jabatan Pengajian Am dan Masjid Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dari semua jabatan yang terlibat menjayakan program pembudayaan Al Quran khas sempena sambutan Maulidurrasul 1437 H pada kali ini dan mengharapkan agar program seumpama ini dapat diterusakan lagi pada masa akan datang. 











No comments:

Post a Comment