LAPORAN KURSUS PRA PERKAHWINAN
Oleh :
Adilah Hafizah Binti Abd Halim
Tarikh :
11 dan 12 September 2015
Tempat :
Dewan Kuliah Utama, PIS
Pada 11 dan 12 September 2015 yang lepas, Unit Agama, Jabatan
Pengajian Am Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Majlis Perwakilan
Pelajar serta Bahagian Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Johor telah
menganjurkan kursus pra perkahwinan yang bertempat di Dewan Kuliah Utama,
Politeknik Ibrahim Sultan. Seramai 104 orang peserta beserta 8 orang urusetia
telah terlibat dalam menjayakan program ini.
Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan awal
alam perkahwinan kepada yang ingin berumah tangga serta memberi panduan kepada
peserta tentang cara menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan
pernikahan sehingga ke hari pernikahan. Di samping itu, program ini juga
bermatlamat untuk memberi panduan bagi menghadapi konflik di dalam rumah tangga
dan cara mengatasi dengan berkesan. Selain itu, kursus ini juga memberi panduan
bagi persiapan diri untuk menghadapi alam perkahwinan dan tanggungjawab
membentuk sebuah keluarga serta menguruskannya.
Para peserta telah mendapat pengisian yang padat melalui 12 slot
sepanjang 2 hari kursus. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah sangat bertepatan
serta relevan dengan keperluan dan kehendak zaman yang serba mencabar ini. Penceramah program adalah jemputan dari Bahagian
Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Johor.
Secara keseluruhannya, para peserta sangat berpuas hati dengan
aktiviti program ini di mana ceramah serta pengisian tersebut telah disampaikan
oleh penceramah yang arif dalam bidang masing-masing. Para peserta juga mendapat
input yang banyak melalui kursus ini serta diberikan sijil pra perkahwinan
sebagai persediaan awal sebelum perkahwinan.
No comments:
Post a Comment