Tarikh : 17 Mei 2015(Ahad)
Masa : 9.00pg - 5.00ptg
Tempat : Bilik CEDeC
Kursus ini telah diaturkan oleh pihak JPA dengan kerjasama pihak ULPL. Kursus ini telah dilaksanakan secara berasingan di antara Unit Bahasa Inggeris dengan Unit Pendidikan Islam dan Moral. Penceramah adalah di kalangan pensyarah JPA sendiri iaitu Cik Nurul Hana dan En. Mohammad Hamdan.
Matlamat diadakan Kursus Pelaksanaan E-Learning DUE3012 adalah untuk memberi pendedahan mengenai E-Learning yang akan dilaksanakan pada sesi Jun 2015 yang akan dating. Selain itu, ia dapat menggalakkan para pensyarah serta pelajar untuk menggunakan aplikasi CIDOS dalam P&P.
Manakala kursus Pembudayaan al-Quran pula adalah untuk mengadakan perancangan dan perbincangan yang sepakat mengenai program pembudayaan al-Quran yang akan dilaksanakan pada sesi Jun akan datang khusus kepada pelajar semester 1. Selain itu, kursus ini dapat memberikan perkongsian idea di antara pensyarah agama dalam menyusun strategi dan tindakan jika terdapat sebarang permasalahan pada sesi akan datang dalam melaksanakan program tersebut.
No comments:
Post a Comment