Kursus Asas Memanah

Tarikh : 18 Mei 2015(Isnin)
Masa   : 8.30pg-4.30ptg
Tempat : Kompleks Sukan

 
Program ini telah dirancang dan diatur oleh pihak JPA dan ULPL dengan kerjasama pensyarah Unit Kokurikulum bagi kursus memanah. Kursus asas memanah ini telah di sampaikan oleh Encik Mazlan Bin Karim dan Encik Nordin Bin Zakariah sebagai fasilitator kepada warga JPA. Aktiviti memanah merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagai persiapan peperangan.
 
Program ini bermatlamatkan pendedahan tentang aktiviti sunnah serta mendekatkan diri warga JPA dengan amalan-amalan sunnah.  Selain itu, program ini dapat memberi asas kemahiran serta pengalaman kepada peserta dalam menggunakan alatan memanah tersebut. Seterusnya, merapatkan hubungan silaturrahim antara warga JPA khususnya serta dapat berkenalan dengan fasilitator daripada jabatan lain.
 
 









 

No comments:

Post a Comment