Majlis Perpisahan & 'Potluck'

Salam dan selamat sejahtera. Pada 25 Mei 2012, JPA telah mengadakan satu majlis Perpisahan tiga pensyarah iaitu Ustaz Senusi, Ust Hosni Mubarak dan Pn. Faridatuljana. Adat pertemuan, mesti ada perpisahan...inilah lumrah kehidupan. Namun, diharapkan juga "yang patah akan tumbuh kembali". Harapan kami yang tumbuh adalah sama atau lebih baik daripada yang hilang. Ini kerana ketiga-tiga pensyarah yang akan meninggalkan JPA ini adalah "ayam tambatan" di sini. Dengan berhijrahnya dua orang ustaz ini, akan berkurang la kaum adam di JPA.
Apa pun tahniah kepada mereka yang berjaya kembali ke tempat lahir masing-masing. Ustaz Senusi berpindah ke Kolej Komuniti Temerloh, Ustaz Hosni ke Kolej Komuniti Padang Terap dan Pn. Faridatuljana ke Kolej Komuniti Batu Pahat. Selamat berkhidmat di tempat baru.
Pada hari ini juga, JPA mengadakan 'potluck', makan-makan sambil bersantai. Emm...banyak betul makanan... masing-masing kosongkan perut....


JASAMU DIKENANG....
Penyampaian hadiah kepada pensyarah yang akan berpindah.


ANUGERAH KHAS...
Haaa...ni adalah anugerah khas kepada staf JPA yang berjaya mengamalkan amalan 5 S, iaitu Pn. Wan Zakiah (KP Program Pendidikan Islam). Pertandingan yang diadakan di peringkat jabatan.
TAHNIAH...!!!



Ucapan Pengerusi Majlis & Ketua Jabatan.
Pengerusi berjaya menceriakan suasana majlis. Ucapan KJ yang mantap dan ringkas.
Tak boleh berucap panjang-panjang...masing2 dah kelaparan.




CERIA...
Apa agaknya yang digelakkan oleh semua tu ek...
Masa ni lah masing-masing nak rehatkan kepala daripada kerja-kerja.



WOW...!!!
Banyaknya makanan. Macam-macam ada, nasi beriyani...roti jala....kek...rojak buah.
Aneka laksa...laksa penang....laksa terengganu.....laksam...laksa sarawak pun ada.
Boleh katakan laksa 1Malaysia la yeee...

JOM MAKAN....



 Tengok tu... nampaknya semua memang kelaparan. 
Berselera betul makan ni...mesti sedap.






No comments:

Post a Comment