SuKaRiA Di HaRi SuKAn JPA

Salam dan selamat sejahtera semua warga JPA.... Yaaa...HARI SUKAN tiba lagi pada 24 Mei 2012 lepas. Terlebih dahulu ucapan terima kasih banyak2 kepada AJK Biro Kebajikan kerana mengadakan hari sukan ni. Masa ni la staf nak kosongkan fikiran daripda kerja2 pejabat. Namun ada juga staf yang tidak dapat ikut serta kerana khidmat mereka diperlukan di PIS. KJ sendiri di amnahkan untuk menghadiri mesyuarat, bahagian MQA sibuk dengan CLO dan PLOnya dan beberapa staf lain yang tidak dapat turut serta.
Satu hari penuh dengan aktiviti dan acara yang akan dipertandingkan. Pertandingan ini adalah suka-suka saja, bukannya betul-betul serius. Di samping nak eratkan lagi silaturrahim antara staf. Acara terbahagi  kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Bagi sesi pagi acara padang, badminton dan ping pong. Acara petang pula perlawanan bowling.

ACARA PAGI

 Sepak...sepak...jangan tak sepak. 


 Penatnyaaa nak mengejar 1 bola ke sana sini. Bila dah masuk jaring...gollll..... Itulah satu kepuasan selepas mengejar bola.


 Acara bagi staf wanita pula adalah bola jaring. Sambut...jangan tak sambut.



 Eh...eh...tiba-tiba jeee ada sorang staf lelaki 'join' bola jaring ni. En Chee Keong ni tak minat kot nak main bola sepak. Atau....staf pempuan yang tak nak main.



 Aksi-aksi pemain badminton acara perseorangan. Tengok tu...ada yang terangkat kaki..nak terbang...melayang. Seronok tengok kawan-kawan main dengan berbagai gaya.


 
 Ni pulak acara berpasangan. Hebat juga pemain JPA ni ek. Tengokla gaya-gaya mereka melibas bulu tangkis. 



 Ceria sungguh wajah-wajah staf hari ini. Tengok tu Ust Nizam dah tunjuk kekuatan badannya. Ust Nizam...ust Nizam...memang penceria suasana. Apa hal pulak tu dengan En Chee Keong tu...kalah ke menang?! Cik Ros dan Pn Shah main congkak isi masa yang ad.


 Penonton pun tetap ceria wajah mereka di samping memberi semangat kepada kumpulan masing-masing.


 Apa la yang Cik Ros gelakkan tu ek...Bersantai sambil menyaksikan pertandingan badminton.


Masa nak rehatkan badan. Ust Hamdi siap baring lagi.




Ni main ping pong ke...main-main sambut bola. Ha ha... 

Wah...!!! Gaya seperti pemain profesional nih!.
Hebat...hebat...Nanti boleh ke pertandingan peringkat jabatan kot..


ACARA PETANG (BOWLING)

Komplex Pasir Gudang destinasi utama
Pertandingan bowling akan bermula
Kita lihat sama-sama
Siapa kalah dan siapa juara


Wajah-wajah ceria sebelum bermula pertandingan. Masa ni orang yang paling sibuk adalah En Hafizu mencari peserta untuk pembahagian kumpulan. Ada yang tak nak main...siap kena pujuk lagi. Last...last... beliau menggunakan kuasa vetonya untuk meletakkan nama pemain.






Tuuu diaa...beginilah aksi2 para pemain bowling. Ha ha... ada seperti pemain professional, ada seperti nak terbang...ada yang main baling je. Yang asyik baling masuk longkang pun ada. Aduhh...dahsyat...dahsyat. Apa-apa pun semuanya ceria...


PENYAMPAIAN HADIAH
Pada keesokan harinya....
siapa juara akan terjawab
Yaa...inilah juara kumpulan dalam acara pagi(badmintan dan ping pong)
 dan petang(bowling). Wah...!!! bukan main suka juara2 ni...
Senyuim sampai ke telinga.


Ni pulak naib johan bagi acara pagi dan petang.


Tempat ke 3 bagi acara pagi dan petang


Haa.. inilah 'king' dalam perlawanan bowling, Ust Senusi....mendapat mata tertinggi.. 
Ada pulak queen kat sini...Angeela. Tp 'queen' ini adalah 'speacial' sebab ia diberi kepada bilangan mata yang paling banyak masuk longkang. He he..

TAHNIAH!!! kepada semua pemenang. Yang KALAH jangan putus asa.
Cuba lagi pada tahun akan datang.


No comments:

Post a Comment