Tarikh : 02 Februari 2023 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Platform : Secara Dalam Talian (Microsoft Teams)
Taklimat CIDOS 3.11 telah dijalankan secara dalam talian menggunakan Microsoft Teams yang disampaikan oleh Pn. Noor Azeelia binti Abdul Manan dan penggunaan CIDOS akan diaktifkan semula bagi sesi 2 : 2022/2023. Pengiraan thumbs up juga akan digunakan semula dan Pegawai e-learning jabatan mengharapkan agar pensyarah JPA cuba dan berusaha untuk mendapatkan thumbs up. Pensyarah perlu mempelbagaikan aktiviti di dalam CIDOS bagi melayakkan mendapat thumbs up tersebut.
Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai penggunaan CIDOS yang baharu, walaupun fungsinya masih sama. Selain itu, sebagai satu persediaan kepada pensyarah sebelum PdP bermula bagi sesi 2 : 2022/2023 ini.
Dimaklumkan, tempoh peralihan CIDOS lama kepada CIDOS baharu adalah pada 1 Februari 2023 hingga 30 Julai 2023. Portal LMS CIDOS lama akan ditutup sepenuhnya pada 31 Julai 2023.
No comments:
Post a Comment