Tarikh : 1 Februari 2023 (Rabu)
Masa : 8.00 hingga 4.30 petang
Tempat : BK3, JPA
Bengkel ini telah disampaikan oleh Pegawai Kualiti Jabatan iaitu Dr. Mohd Khairul Naim bin Sameri bagi penutupan dan pembukaan IFRP sesi lama dan baharu. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah bagi memastikan semua pensyarah telah mengemaskini iFRP untuk mengelakkan sebarang NCR atau OFI ketika audit dilaksanakan. Selain itu, para pensyarah juga dapat membuat persediaan awal bagi sesi PdP yang baharu sebelum kelas bermula.
Cabutan bertuah turut dijalankan ketika sesi bengkel ini bagi memberi semangat, motivasi, kelainan serta memeriahkan lagi bengkel tersebut. Tahniah kepada yang berjaya atas cabutan bertuah tersebut, Puan Siti Noraini binti Hamzah, En. Hashim bin Mat Zin dan Cik Nora binti Sahari.
No comments:
Post a Comment