LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
ISLAMIC INNOVATION CARNIVAL 2019
PERKARA
|
BUTIRAN
|
Pelaksana
|
Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan
Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan
|
Tarikh
|
03 April 2019
|
Hari
|
Rabu
|
Masa
|
8.00 pagi – 2.00 petang
|
Tempat
|
Ruang Legar Jabatan Pengajian
An
|
Peringkat
|
Jabatan
|
Kumpulan Sasaran
|
Para pelajar Politeknik
Ibrahim Sultan
|
Kejayaan/Pencapaian
|
Dimenangi oleh TIGA (3) kumpulan daripada 20
penyertaan kumpulan inovasi pelajar (bagi aktiviti Pertandingan Produk
Inovasi Islam)
|
Ringkasan Perjalanan Program
|
Program Islamic Innovation
Carnival (IIC) yang dilaksanakan pada 3 April 2019, dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan
Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan, khusus bagi
pelajar-pelajar Semester 2 dan 5 yang bertemakan “Trend, Integrasi, Teknologi” dapat merealisasikan matlamat
politeknik bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dari segi jasmani dan
rohani. Program yang berlangsung selama separuh hari ini bermula seawal jam
8.00 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang, telah dilaksanakan dengan
jayanya.
TENTATIF
RABU ( 3 APRIL 2019 )
8.00 pg – 9.00 pg
: Pendaftaran dan sarapan
9.00
pg -12.30 t.h : Pertandingan Produk Inovasi Islam (Ruang
Legar JPA)
Perjurian untuk pertandingan video kreatif
(Smart Clasroom di CDeC.)
Digital Gamified-Learning League (Ruang
Legar JPA)
1.00
ptg – 2.00 ptg : Majlis Penyampaian
Hadiah dan Majlis Penutup.
Program ini melibatkan pelajar-pelajar daripada semua jabatan
induk iaitu Jabatan Pelancongan &
Hospitaliti (JPH), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Jabatan
Kejuruteraan Elektrikal (JKE) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Ia diisi dengan slot-slot seperti kemahiran
berfikir dan menguji ilmu sedia ada para pelajar terutama yang berkaitan
dengan silibus yang sedang mereka pelajari.
Dalam pertandingan Produk Inovasi Islam, ia mencungkil
kreativiti pelajar. Sebanyak 20 kumpulan telah melayakkan diri ke pertandingan
akhir Produk Inovasi Islam dan sebanyak 3 kumpulan telah dinobatkan sebagai
juara, naib juara dan tempat ketiga. Pada
masa yang sama, perjurian untuk pertandingan video
kreatif berlangsung di Smart Clasroom, CDeC. Manakala, pertandingan Digital
Gamified-Learning League berlangsung di Ruang Legar JPA.
Perasmian Penyampaian Hadiah
dan Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan JPA dan program ini telah
berakhir pada pukul 2 petang.
Diharapkan program sebegini dapat
diteruskan pada masa akan datang sebagai satu bentuk pendedahan kepada
pelajar dan juga sebagai satu hidangan alternatif yang memenuhi piawaian
Islam.
|
Objektif Program
:
|
1. Meningkatkan
kreativiti dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran melalui hubung kait antara
teori dan praktikal.
Membuka minda pelajar tentang hubungkait
sukatan pelajaran yang
mereka
pelajari dengan penerangan input luaran daripada penceramah
yang mengisi slot program.
2. Memupuk dan meningkatkan kefahaman
kesenian Islam serta
hubung kaitnya dengan budaya kreativiti
/ inovasi dalam kehidupan
seharian.
Pelajar
lebih memahami tentang kesenian Islam melalui inovasi yang
dipertandingkan
serta relevannya unsur kesenian Islam dalam kehidupan.
3. Melahirkan pelajar dan warga Politeknik Ibrahim Sultan yang
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi melalui aktiviti kesenian
dan
inovasi.
Pelajar dapat
menjana dan menambahbaik keupayaan pemikiran sedia ada
mereka
dengan merasai pengalaman sendiri terlibat dengan inovasi
bercirikan
Islam .
4. Membentuk
fahaman konsep gamifikasi dalam pendidikan.
Pelajar
dapat bersaing secara sihat melalui permainan yang disediakan.
|
Strategi Pelaksanaan
|
|
Masalah/kekangan yang dihadapi
|
Tiada
|
Alatan Bantu
|
Komputer Riba & LCD
|
Kos
|
Pendapatan : RM 4,660
Perbelanjaan : RM4,554.80
Sumber : Tabung Kerohanian Pelajar JPA
Laporan kewangan seperti dilampiran 1
|
Impak Program
|
Kepada
pelajar :
Kepada
Politeknik :
|
Dokumentasi
|
Gambar program adalah seperti di lampiran 2
|
Senarai nama peserta
|
Lampiran 3
|
No comments:
Post a Comment